Friday, September 11, 2009

Hukuman Sebat

0 comments
Salam alaik buat semua pengunjung blog yang dirahmati Allah. Hari ini saya ingin kongsikan bersama tentang isu sebat yang sememangnya rancak diperkatakan sehingga hari ini. Kisahnya berkisar hukuman minum arak yang dikenakan terhadap seorang perempuan Muslim - Kartika.

Disini saya paparkan beberapa perbezaan antara cara pelaksanaan hukuman sebat ke atas pesalah. Semoga kita lebih jelas dengan isu ini dan lebih memahami konsep sebat itu sendiri.


Ini adalah caranya sebatan ke atas pesalah wanita. Dengan berpakaian menutup aurat, rotan yang kecil dan tidak boleh mengangkat rotan melepasi kepala perotan, dan jika mengandung ditangguhkan terlebih dahulu. Bukankah ia sungguh ringan berbanding sebatan sivil yang dirotan tanpa pakaian dan rotannya sangat tebal. Sebat didalam Islam tidak melukakan tetapi memberi pengajaran. Dan dibuat di khalayak ramai supaya dapat memberikan pengajaran kepada orang lain. Jadi kepada mereka yang sentisa mencari kesalahan hukuman Syariah, bersama fikirkan, yang mana lebih zalim.



Contoh sebatan mengikut Syariah kepada pesalah lelaki. Sungguh ringan hukumannya berbanding sebatan sivil seperti di bawah.



Gambar di atas pula adalah cara sebatan sivil. Tanpa pakaian. Merotan dengan boleh melepasi kepala perotan. Boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan kecederaan yang serius. Bersama kita fikir-fikirkan.



Maklumat Ringkas:

SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

0 comments:

Post a Comment