Sunday, February 28, 2010

Natrah

0 comments
Sedikit bingkisan yang ingin saya kongsikan bersama kalian mengenai Natrah. Berikut merupakan sedikit latar belakang mengenai kisah wanita bernama Natrah. Mungkin ada antara golongan muda kini yang kurang mengenali siapakah sebenarnya Natrah.

Natrah atau nama sebenarnya Nadra binti Ma'ruf atau Huberdina Maria Hertogh atau Bertha, anak Belanda yang menjadi anak angkat kepada ibu Melayu yang bernama Che Aminah binti Mohamad yang berasal dari Kemaman, Terengganu.

Nama Natrah muncul pertama kali dalam akhbar kerana perbicaraan perebutan hak penjagaan antara ibu angkat Melayunya dengan ibu bapa kandungnya di Belanda. Kesnya kemudian menjadi lebih besar, rumit dan mendapat perhatian masyarakat antarabangsa kerana Natrah berkahwin pada umur 13 tahun dengan seorang pemuda bernama, Mansor Adabi, 22 tahun secara Islam kemudian dibicarakan bawah undang-undang sivil Inggeris.

Kesnya menjadi terkenal apabila berlakunya rusuhan berdarah di Singapura demi membela Natrah yang cuba dikristiankan dan membela Islam yang cuba dihina oleh akhbar pro penjajah ketika itu.

Sumber: Fatini Yaacob, Natrah (1937 - 2009), Cinta. Rusuhan. Airmata, 2010


"Kita dahulunya merupakan kaum yang hina, Allah SWT telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah Allah muliakan kita dengannya, maka kita akan dihina oleh Allah"

- Umar Ibn al-Khattab, ketika pembukaan Masjid Al-Aqsa (Riwayat
ini sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh az-Zahabi,
lihat: al-Mustadbrak, 1/237, Beirut Dar al-Ma'rifah)

Sambutan Maulidurrasul

0 comments
Setiap tahun kita meraikan sambutan ulangtahun kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Namun, persoalannya, adakah memadai dengan perarakan atau menyampaikan salam maulidurrasul sesama kita?

Kebanyakan masjid dan surau pasti menganjurkan ceramah atau diskusi berkaitan Maulidurrasul. Moga-moga kita dapat mengamalkan intipati ceramah dan diskusi itu dengan erti kata yang sebenarnya.

Saya tertarik dengan sebuah iklan TV3 bersempena Maulidurrasul kali ini. Iklan yang memaparkan sebuah keluarga yang menjamu selera bersama-sama. Ia menunjukkan beberapa sunnah nabi yang kelihatannya simple namun, tak ramai antara kita yang melazimkan diri dengan sunnah tersebut.

Antaranya ialah membaca doa sebelum makan atau minum, makan buah-buahan sebelum makan makanan lain, makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang dan sebagainya. Pada hemat saya, iklan sebegini sangat bagus kerana media telah memainkan peranannya dalam mendidik penonton agar mengikuti sunnah baginda. Seharusnya diteruskan bukan sekadar sunnah baginda ketika makan sahaja, malah banyak lagi sunnah yang boleh dipaparkan melalui media.

Namun, ada satu perkara yang membuatkan saya merasakan ada kecacatan yang agak 'besar' dalam iklan itu. Cuba anda fikirkan...


Berbalik kepada tajuk saya kali ini, sebenarnya saya ingin berkongsi dengan anda mengenai kisah seorang wanita bernama Natrah. Anda pasti pernah mendengar nama ini, bukan?

Alhamdulillah, bersempena sambutan Maulidurrasul tahun ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Pusat Dakwah Islamiah telah menganjurkan wacana menyoroti peristiwa Natrah; Matlamat ke arah Penyatuan Ummah.

Saya dan kawan-kawan telah menyertai program ini yang telah dijalankan di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah, Paroi. Menariknya, pengarang buku Natrah iaitu Datin Fatini Yaacob telah hadir bagi mengupas kisah Natrah. Beliau telah mengkaji mengenai biografi Natrah ini sejak 20 tahun lalu. Kebanyakan yang hadir adalah mahasiswa IPT dan tidak kurang juga perwakilan dari pelbagai parti politik. USIM telah menghantar penyertaan yang paling ramai dalam program tersebut.

Dalam program itu juga, pihak UTM Press telah mengadakan jualan buku Natrah dan para hadirin boleh mendapatkannya dengan harga diskaun 10%. Saya turut membeli buku tersebut.
Ada banyak perkara yang boleh dijadikan iktibar kepada kita melalui kisah Natrah. Ianya turut menyelitkan unsur-unsur pengorbanan, kasih sayang, cintakan bangsa dan agama dan lain-lain.

"Rasulullah mencintai kita sebelum kita dilahirkan ke dunia, marilah kita bersama-sama membalas cintanya walaupun baginda tiada di depan mata"

1st Novel

1 comments

Novel Terbaru

Novel bertajuk Madah Berzikir ini adalah hasil tulisan seorang novelis yang kini masih dalam tempoh menamatkan pengajian Master di UPSI. Beliau merupakan seorang kaunselor dan perunding motivasi. Beliau lebih dikenali sebagai Cikgu Esa dan anda boleh melawati laman blog beliau (http://www.esasamad.com) untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai penulis buku ini.

Insyaallah, novel ini boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa sekitar bulan Mac nanti. Menariknya, novel ini dikarang berdasarkan kisah benar dan telah diolah dan digarap dengan sebaiknya untuk memberi pengajaran dan impak positif kepada para pembaca. Watak dalam novel ini telah diadaptasi dari kisah sebenar namun telah dirahsiakan namanya. Moga-moga ia bermanfaat untuk semua.

Selamat membaca kawan-kawan ^_^

p/s: Novel ini juga dihasilkan secara kerjasama antara saya dan Cikgu Esa. Menulis novel adalah sekadar mengisi masa lapang saya disamping dapat mengetahui cara penulisan karya yang menarik. Terima kasih cikgu, atas tunjuk ajar dan kepercayaan yang diberikan.

Wednesday, February 24, 2010

MoTiVe @nd AcTioN

0 comments
Addinu nasihah

Asyhadualla ilaha illallah
Wa asyhadu anna muhammadarrasulullah

Matlamat yang jelas menjadi asas dalam mengejar kejayaan. Justeru setiap pelajar muslim perlu memasang niat dan matlamat agar perjalanan hidup kita terpandu dan dipandu

Doa dan harapan pemangkin impian dan cita-cita.



Usah berputus asa denganNya. Berdoalah dan terus berdoa...Sesungguhnya bersama kesusahan itu pasti ada kesenangan.amin










Monday, February 22, 2010

Have a look !

1 comments
video

Sunday, February 21, 2010

Cuti Mid Semester Berakhir

0 comments
Assalamulaikum wbt....alhamdulillah, bersua lagi kita dalam laman blog yang sekian lama ditinggalkan. Dek kerana beberapa kekangan yang tidak mengizinkan saya up date blog buat beberapa ketika. Hmm...cuti pertengahan semester baru berakhir :( Sedih?! sedih juga tapi sekejap je...biasalah nak ambil mood baru...insyaallah, kena lebih rajin dan bersemangat!

Bila nak abis belajar ni?

"Belajar tiada penghujungnya..belajarlah sampai ke liang lahad"

Anda setuju?? ;)

Walau apa pun, itulah dunia seorang penuntut universiti....bukan sekadar menuntut ilmu akademik di kampus, malah lebih lagi daripada itu. Kematangan diasuh dari hari ke hari. Pengalaman hidup yang di kutip di alam belajar sangat berharga. Segala2nya bergantung pada individu.

Hari2mu akan ceria dan bercahaya andai fikiran dan mindamu sentiasa positif dengan cabaran. Bukan pesimis! Cabaran bukan masalah.

Namun terkadang, cabaran meruntun emosi...T_T

eh2...dah terkeluar tajuk ni..

Alhamdulillah, esok kuliah bermula seperti biasa. Kembali lagi menghabiskan semester yang berbaki. Ada 4 tests yang menanti...hu

"Ya Allah, tabahkan hatiku menghadapi ujianMu. Berikan aku kekuatan dan rasa redho dengan setiap perancanganMu. Hiasilah hatiku dengan ketenangan...amin"

Saturday, February 6, 2010

On the field Assigment

0 comments
Assalamualaikum buat semua pembaca. Alhamdulillah, saya berkesempatan nak update blog hari ini. Cuti hari Sabtu, sungguh mendamaikan dan menenangkan jiwa dan otak setelah penat dengan jadual kelas yang penuh.
Semalam, saya telah pergi ke ibu pejabat NST di Bangsar utk membuat temujanji bagi menyiapkan on the field assignment. Saya dan asma' tiba seawal 8.40 pagi. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Kami ingin berjumpa dengan Pn. Jamilah iaitu pegawai Berita Harian yang bertugas di bahagian Editorial Support Service (ESS) bagi membantu kami dan membuat temujanji bersama Ketua Editor Bharian dan wartawan.

Rupa2nya, staff akan masuk kerja sekitar jam 9pagi. Jadi, sementara menunggu kedatangan Pn. Jamilah, saya dan asma' duduk dan berbual2 di cafe bersebelahan pejabat NSTP. Tak lama lepas tu Baizura dan Salwa pun tiba. Kira2 jam 9.05pg, kami naik ke tingkat 4 dan bertemu dgn Pn Jamilah bersama Ketua Editor Berita Harian. Hmm...nampaknya kami kena datang semula pada hari Isnin depan kerana sememangnya begitulah prosedur mereka. Temujanji perlu dibuat sebelum ketua editor memutuskan sipa wartawan yang akan kami ikuti.

Setelah selesai, kami pun bercadang untuk pulang ke Nilai. Tapi, sebelum itu kami sempat singgah di Midvalley. Penat jg berjalan ni...tapi, best jg sesekali mcm ni. ^_^

Hmm...siapalah wartawan yg akan kami dapat ye? Harap2 semuanya ok dan berjalan lancar. amin.