Friday, November 6, 2009

Jamuan@C-4-6

0 comments
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, tadi baru selesai jamuan perpisahan + kesyukuran di rumah saya. Jamuan makan kecil2an sesama ahli rumah...walaupun simple tapi seronok sangat! ^_~

Jamuan Perpisahan
Kami buat jamuan ni terlalu awal, kerana memandangkan ada antara kami yang akan terus pulang ke kampung halaman sebaik shj tamat peperiksaan. Jadi, takut tak sempat nak plan makan2 berjemaah. Bagi housemate saya yang akan mengikuti LI, mereka akan mengosongkan bilik dan tinggallah 3 orang sahaja dalam rumah ni semester akan datang.

Jamuan Kesyukuran
Selain tu, jamuan tadi sebagai jamuan kesyukuran kerana saya akan berangkat ke Jordan nanti. Seronok dan berdebar2 rasanya. Hanya Allah yang tahu. Walau apa pun, saya mohon doa kalian agar kami selamat pergi dan pulang. Syukran jazilan ^_^

p/s: Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap perpisahan pasti membuahkan kenangan. Moga2 pertemuan dan perpisahan yang berlaku dalam hidup kita disusuli dengan rasa kesyukuran, kerna kedua2nya adalah nikmat dari Tuhan.

0 comments:

Post a Comment