Tuesday, November 3, 2009

Alhamdulillah...

2 comments
Salam alaik...dan salam imtihan buat sahabat2 seperjuangan tak kira walau dimana jua antum berada. Moga2 imtihan yang sedang kita lalui ini dapat menjadi medan muhasabah dan mujahadah sepanjang kita bergelar penuntut ilmu. Ya...tanggungjawab mencari ilmu bukan hanya setakat kita mendapat sijil, degree, master atau PhD, bahkan sepanjang hayat. Selagi nafas masih ada.

Alhamdulilllah...

Suka rasanya untuk berkongsi berita yang baru saya terima... ^0^
Alhamdulillah, syukur dengan rahmatNya. Setelah kali kedua saya memohon untuk mengikuti kursus bahasa Arab, akhirnya saya berjaya. Bagi saya, tidak semestinya pelajar yang terpilih adalah yang terbaik (saya bukan yang terbaik). Segalanya berdasarkan aturan Allah, masing2 punyai rezeki yang tertentu. Pasti ada hikmahnya bagi setiap yang diaturNya.

Insyaallah, dengan izinNya saya dan 4 orang lagi rakan lain akan berangkat ke bumi Jordan. Kursus intensif bahasa Arab ini akan bermula dari 23 Nov hingga 1 Jan 2010 (6 minggu). Mohon doa kalian agar perjalanan kami selamat dan kembara kami dalam mencari ilmu dan pengalaman sentiasa mendapat rahmat dan berkat. Amin...(doakan agar saya cepat sembuh, skrg ni tengah demam sikit)

Walaupun pada asalnya saya tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi untuk terpilih ke sana, kerana saingannya hebat2. Lagipun, saya dah aturkan banyak perkara untuk dibuat ketika cuti semester nanti; tulis cerpen, buat kerja2 terjemahan bahasa arab, monitor adik yang tengah ambil SPM, pergi bercuti dengan family dll. Kita hanya mampu merancang, hanya Dia yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba2Nya.

Akhir kalam, moga kita dipermudahkan dalam setiap urusan. Kadang2 tak semua yang kita hajati, kita perolehi dan tidak semua yang kita perolehi, yang kita hajati.

Salamesrabadi buat semua.
Wassalam

2 comments:

Post a Comment