Wednesday, November 18, 2009

Bila bercakap soal HAJI

0 comments
KISAH 1

Terkenang saya zaman 60an dulu, zaman datuk dan nenek naik kapal laut selama 2 bulan perjalanan utk sampai ke pelabuhan Jeddah dan seterusnya ke Mekah. Perjalanan pergi dan balik ambil masa 4 bulan. Belum ambil kira masa mengerjakan haji yang pastinya lebih mencabar berbanding sekarang.

Kalau dalam perjalanan itu ada yang meninggal dunia, maka dasar lautlah yang menjadi kuburannya. Pendek kata, semuanya susah dan payah. Boleh kata semua jemaah yang nak berangkat tu merasakan saat pergi haji ni mungkin tak kembali lagi. Jadi, mereka manfaatkan betul2 peluang haji. Dan biasanya, apabila kembali ke tanah air mereka betul2 berubah.

KISAH 2

Terkenang jauh ke kisah2 silam di mana kafilah2 dari serata ceruk rantau- Timur Jauh, Asia Tengah, Afrika dan sebagainya mengambil masa bertahun utk sampai ke Mekah dan menunaikan haji. Perjalanan darat merentasi padang pasir dan bukit cerun mmg memeritkan. Tapi, hasilnya mmg sungguh manis.

Sekarang ni, nak pergi haji mmg cukup mudah. Tiada kapal laut. Yang ada hanya kapal terbang. Lapan jam, dah sampai.

Nak duduk hotel yang paling dekat dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi? Selangkah je keluar hotel dah jejak perkarangan masjid. Bilal masjid iqamat je, kita boleh terus turun hotel dan menyertai jemaah2 lain lalu menunaikan solat. Syaratnya satu je...RM mesti penuh poket. Yalah, sekarang ni RM main peranan besar dalam ibadah haji sehinggakan nak kucup hajarul aswad pada musim haji yang sarat dengan jemaah (tak kira waktu dan saat mana) pun boleh di atur. Janji bayar, MasyaAllah!

KISAH 3

Umumnya orang kita ni, bila rasa2 nak buat U-turn dalam hidupnya, baru dia terfikir nak buat haji. Selagi tak rasa nak buat pusingan U, selagi tulah tak berniat nak buat haji.

Kononnya pergi haji boleh membersihkan diri drpd dosa2 silam. Confirm bersih!! Balik Mekah nanti boleh fokus utk buat baik je sampai mati. Itulah tipu daya syaitan. Balik haji berpuluh kali pun, perangai tetap sama juga kalau niat pergi haji tak betul2 lurus.


...bersambung


petikan daripada: Buku I Love You Too, karangan Badrul Hisham Shari, Galeri Ilmu Sdn Bhd

0 comments:

Post a Comment