Tuesday, October 27, 2009

Rahsia Nama

0 comments
Assalamualaikum semua...^o^ Kaif halukum...

Smg hari2 yg mendatang membawa kebahagiaan dan keceriaan pada semua. Bagi yang sedang bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran, doa saya agar kalian beroleh keberkatan. Yang paling penting bukanlah natijah@result yang cemerlang, tetapi USAHA yang kita dilakukan untuk mengejar kejayaan. Usah terlalu obses mengejar pointer yang tinggi namun hakikatnya, hkita tidak memahami sepenuhnya apa yang kita pelajari. Sekadar untuk menghadapi exam semata-mata. Pointer itu hanyalah ukuran kejayaan di atas sehelai kertas, tetapi ukuran bagi kejayaan yang hakiki adalah apabila ilmu yang dimiliki dapat diaplikasikan dalam kehidupan menuju redha Ilahi. insyaallah.

Berbalik kepada tajuk entry kali ini...^_^

Rahsia nama...tiada apa yang rahsia disebalik nama saya. Kita mengetahui bahawa apabila di akhirat kelak, kita akan dipanggil dengan nama yang kita miliki sekarang. Menjadi tanggungjawab ibu dan bapa memberi nama-nama yang baik pada si anak. Mudah2an makna dari nama yang diberi itu meresap kedalam ruhnya dan terpancar melalui jiwa dan peribadi si anak. Maka, pentingnya ibu bapa peka tentang hal ini.

Ada kes ibu bapa yang meletakkan nama anak mereka dengan makna yang tidak elok. Faktor kejahilan juga menyumbang kepada berlakunya perkara sebegini. Kasihan si anak...

Syukur alhamdulillah, mak dan abah saya sepakat meletakkan nama saya Noorsyuhada yang membawa maksud (Cahaya para Syuhada') Syuhada'- gelaran org yang mati syahid di jalan Allah).

Ada kisah disebalik nama saya. Ketika saya dilahirkan, isu Perang Memali masih heboh diperkatakan. Jadi, dari situ nama saya diambil bersempena dengan nama anak Assyahid Ustaz Ibrahim Libya - Syuhada.

Dalam bahasa Mandarin pula, nama saya bermaksud :

Shu - Keselesaan
ha - Kebahagiaan
da - Mencapai

.: Mencapai kebahagiaan dan keselesaan..~_^

Apa2 pun saya bersyukur dan bertuah kerana memiliki nama ini. Bagaimana pula dengan anda? Ada sebarang perkongsian@comment yang ingin disampaikan...tafadhal...

0 comments:

Post a Comment