Saturday, February 6, 2010

On the field Assigment

0 comments
Assalamualaikum buat semua pembaca. Alhamdulillah, saya berkesempatan nak update blog hari ini. Cuti hari Sabtu, sungguh mendamaikan dan menenangkan jiwa dan otak setelah penat dengan jadual kelas yang penuh.
Semalam, saya telah pergi ke ibu pejabat NST di Bangsar utk membuat temujanji bagi menyiapkan on the field assignment. Saya dan asma' tiba seawal 8.40 pagi. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Kami ingin berjumpa dengan Pn. Jamilah iaitu pegawai Berita Harian yang bertugas di bahagian Editorial Support Service (ESS) bagi membantu kami dan membuat temujanji bersama Ketua Editor Bharian dan wartawan.

Rupa2nya, staff akan masuk kerja sekitar jam 9pagi. Jadi, sementara menunggu kedatangan Pn. Jamilah, saya dan asma' duduk dan berbual2 di cafe bersebelahan pejabat NSTP. Tak lama lepas tu Baizura dan Salwa pun tiba. Kira2 jam 9.05pg, kami naik ke tingkat 4 dan bertemu dgn Pn Jamilah bersama Ketua Editor Berita Harian. Hmm...nampaknya kami kena datang semula pada hari Isnin depan kerana sememangnya begitulah prosedur mereka. Temujanji perlu dibuat sebelum ketua editor memutuskan sipa wartawan yang akan kami ikuti.

Setelah selesai, kami pun bercadang untuk pulang ke Nilai. Tapi, sebelum itu kami sempat singgah di Midvalley. Penat jg berjalan ni...tapi, best jg sesekali mcm ni. ^_^

Hmm...siapalah wartawan yg akan kami dapat ye? Harap2 semuanya ok dan berjalan lancar. amin.

0 comments:

Post a Comment