Sunday, February 21, 2010

Cuti Mid Semester Berakhir

0 comments
Assalamulaikum wbt....alhamdulillah, bersua lagi kita dalam laman blog yang sekian lama ditinggalkan. Dek kerana beberapa kekangan yang tidak mengizinkan saya up date blog buat beberapa ketika. Hmm...cuti pertengahan semester baru berakhir :( Sedih?! sedih juga tapi sekejap je...biasalah nak ambil mood baru...insyaallah, kena lebih rajin dan bersemangat!

Bila nak abis belajar ni?

"Belajar tiada penghujungnya..belajarlah sampai ke liang lahad"

Anda setuju?? ;)

Walau apa pun, itulah dunia seorang penuntut universiti....bukan sekadar menuntut ilmu akademik di kampus, malah lebih lagi daripada itu. Kematangan diasuh dari hari ke hari. Pengalaman hidup yang di kutip di alam belajar sangat berharga. Segala2nya bergantung pada individu.

Hari2mu akan ceria dan bercahaya andai fikiran dan mindamu sentiasa positif dengan cabaran. Bukan pesimis! Cabaran bukan masalah.

Namun terkadang, cabaran meruntun emosi...T_T

eh2...dah terkeluar tajuk ni..

Alhamdulillah, esok kuliah bermula seperti biasa. Kembali lagi menghabiskan semester yang berbaki. Ada 4 tests yang menanti...hu

"Ya Allah, tabahkan hatiku menghadapi ujianMu. Berikan aku kekuatan dan rasa redho dengan setiap perancanganMu. Hiasilah hatiku dengan ketenangan...amin"

0 comments:

Post a Comment