Sedikit bingkisan yang ingin saya kongsikan bersama kalian mengenai Natrah. Berikut merupakan sedikit latar belakang mengenai kisah wanita bernama Natrah. Mungkin ada antara golongan muda kini yang kurang mengenali siapakah sebenarnya Natrah.
Natrah atau nama sebenarnya Nadra binti Ma'ruf atau Huberdina Maria Hertogh atau Bertha, anak Belanda yang menjadi anak angkat kepada ibu Melayu yang bernama Che Aminah binti Mohamad yang berasal dari Kemaman, Terengganu.
Nama Natrah muncul pertama kali dalam akhbar kerana perbicaraan perebutan hak penjagaan antara ibu angkat Melayunya dengan ibu bapa kandungnya di Belanda. Kesnya kemudian menjadi lebih besar, rumit dan mendapat perhatian masyarakat antarabangsa kerana Natrah berkahwin pada umur 13 tahun dengan seorang pemuda bernama, Mansor Adabi, 22 tahun secara Islam kemudian dibicarakan bawah undang-undang sivil Inggeris.
Kesnya menjadi terkenal apabila berlakunya rusuhan berdarah di Singapura demi membela Natrah yang cuba dikristiankan dan membela Islam yang cuba dihina oleh akhbar pro penjajah ketika itu.
Sumber: Fatini Yaacob, Natrah (1937 - 2009), Cinta. Rusuhan. Airmata, 2010
"Kita dahulunya merupakan kaum yang hina, Allah SWT telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah Allah muliakan kita dengannya, maka kita akan dihina oleh Allah"
- Umar Ibn al-Khattab, ketika pembukaan Masjid Al-Aqsa (Riwayat
ini sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh az-Zahabi,
lihat: al-Mustadbrak, 1/237, Beirut Dar al-Ma'rifah)

0 comments:
Post a Comment