Friday, September 24, 2010

Syukur Alhamdulillah

0 comments
Salam syawal 1431 saya ucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat walau di mana jua antum berada. Syukur pada Allah atas nikmat usia dan kesihatan yang diberikan. Moga2 setiap saat yang berlalu, kita penuhinya dengan perkara2 kebaikan. Insyaallah.

Saya baru selesai membaca salah satu artikel dalam majalah Al Islam keluaran bulan Oktober 2010. Hmm...kulit hadapan majalah menarik perhatian saya. Ditambah pula dengan tajuk2 yang dikupas pada bulan 10 ini.

Ingin saya kongsi sedikit mengenai Ucapan ALHAMDULILLAH ketika bersin. pernahkah anda terfikir mengapa kita dianjurkan untuk memuji ALLAH sebaik sahaja kita bersin. Hinggakan ia menjadi salah satu kewajipan seorang muslim terhadap muslim yg lain.

Rasulul
lah bersabda, "Apabila salah seorang di antara kamu bersin, maka ucapkanlah Alhamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab Yarhamukallah, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa yuslihubaalakum." (hadis riwayat Bukhari)

Bersin adalah salah satu mekanisme pertahanan tubuh yang berfungsi menghalang sebarang kemasukan zat asing termasuk bakteria atau lebihan cecair yang boleh memudaratkan tubuh. Membran hidung adalah anggota tubuh yang dicipta oleh Allah, mudah mengesan kehadiran zat asing tersebut lalu berlakulah proses pengeluarannya melalui hembusan udara yang kuat dan deras.

Dalam masa yang sama ia mengeluarkan sekitar 40ribu butir air yang mengandungi zat asing tersebut serta 100ribu kuman yang berterbangan ketika seseorang itu bersin. justeru, udara yang dihembus keluar dengan tekanan tinggi membantu mengeluarkan segala zat asing keluar dari tubuh melalui hidung atau mulut.



Oleh itu, secara adabnya, seseorang yang bersin tidak menghalakan hembusan bersinnya ke wajah atau hadapan orang yang berada di sekelilingnya. Tidak dinafikan, bersin boleh terjadi akibat peradangan, faktor persekitaran, jangkitan virus, perubahan suhu atau alah dengan sesuatu bahan.

wallahu 'alam

0 comments:

Post a Comment