Friday, March 19, 2010

Work As A Team

2 comments

Kepentingan berorganisasi bagi seorang mahasiswa sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Tidak kira sama ada penglibatannya dalam organisasi pelajar secara langsung atau tidak langsung pasti memerlukan semangat kerjasama dan bertolak ansur. Orang 'atasan' memimpin orang 'bawahan' . Justeru, hal ini perlu kepada wujudnya konsep keterbukaan di antara kedua-dua pihak dalam memberi dan menerima teguran. Namun, adab dalam memberi teguran haruslah diambil kira. Usah mencari siapa salah dan siapa yang betul, bahkan bersama-samalah mencari jalan penyelesaian untuk kebaikan bersama.

Kejayaan sesebuah organisasi atau persatuan bukan hanya terletak pada kebijaksanaan ketua dalam memimpin orang di bawahnya sahaja, malah mereka turut membantu sang ketua dalam melaksanakan setiap gerak kerja dengan niat yang ikhlas.

Apa yang penting?

Kerjasama!

(Ungkapan keramat Wonderpet ketika melaksanakan misi mereka menyelamat haiwan)

Sekalipun wujud masalah dalam sesebuah organisasi, carilah jalan penyelesaian bersama. Oleh itu, pemimpin tidak perlu malu untuk mendengar atau menerima pendapat orang lain. Nabi juga menekankan konsep Syura atau Musyawarah sesama kita. Berlapang dada dalam sesi syura dapat memperbaiki kekurangan yang ada.

Dalam sesebuah organisasi atau persatuan, amalkanlah bekerja dalam semangat berpasukan. Work as a team. Kelebihan dan kekurangan dalam setiap ahli pasukan diraikan bersama. Usah mementingkan diri sendiri. Walau di mana jua kedudukan kita, ingatlah bahawa setiap antara kita ada nilai dan peranannya.

2 comments:

Post a Comment