Wednesday, January 27, 2010

KISAS BUMI WAQAFAN

0 comments
Tahniah KISAS!!!

Bersyukur kerana berpeluang menjadi sebahagian drpd warga bumi waqafan. Moga kecemerlangan kisasian dapat ditingkatkan dan dikekalkan...amin. Sudah 7 tahun diri ini meninggalkan alam persekolahan - KISAS. Saya merupakan warga kisas batch 2002/2003.

Pada penghujung tahun 2009 pula melakar memori indah buat diriku. Alhamdulillah, saya berpeluang bertemu semula dgn kawan2 lama semasa di kisas dulu. Mereka semuanya pelajar perubatan tahun 5 dan 6 di JUST. Pertemuan yang tak disangka2. Wajah masing2 tak berubah...syukur alhamdulillah. Bangga mempunyai sahabat seperti kalian. Moga ukhwah yg terjalin berkekalan hendaknya. Ku doakan agar kita sama2 berjaya dalam apa jua bidang yg kita ceburi.
Fastaqim kama Umirta.

Pada 26 januari yg lalu, saya sempat membaca akhbar yang memaparkan senarai 20 sekolah terbaik. Lantas senyuman terukir di bibir...;)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi, membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara. Sekolah terbabit adalah:

Sekolah berasrama penuh:
1. Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
6. Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang

8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka

Sekolah menengah harian:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang

Sekolah rendah:
1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

0 comments:

Post a Comment