Tuesday, May 4, 2010

Usia yang semakin berkurangan

0 comments
1 May 2010 (11:53 p.m)

Mesej ucapan selamat hari ulangtahun kelahiran kuterima daripada sahabat baikku. Belum pun masuk hari 2 Mei, mesej sudah pun masuk ke dalam inbox ku. Syukran jazilan =)

Syukur padaNya, kerana masih memberi aku peluang untuk hidup di atas muka bumi sambil menghirup udara percuma bukti Pemurahnya DIA. Walaupun aku sering melakukan khilaf dan dosa sama ada sedar ataupun tidak, namun DIA Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku..

2 Mei 2010

Pagi itu, aku terima panggilan telefon daripada keluargaku. Ucapan selamat hari ulangtahun kelahiran kuterima dengan hati berbunga riang. Walaupun aku berjauhan daripada keluarga, namun ikatan kami sangat erat. =) Kakak sulungku yang kebetulan bercuti telah pulang ke rumah...hanya aku yang tiada. Kakak membawa kek hasil air tangannya sendiri, untuk sambutan hari jadiku dan hari IBU (2 in 1). Tapi, aku hanya tinggal di asrama memandangkan aku masih mempunyai 1 lagi subjek sebelum peperiksaan sem 6 ini tamat. Thanx 4 my elder sister. =)

Antara banyak2 ucapan hari jadi yang aku terima...aku sangat tersentuh dengan ucapan seorang sahabatku yg kini bekerja sebagai pendidik di salah sebuah sekolah di P.Pinang. Ini ucapannya;

"Hari ini hari lahirmu, bertambah lagi usiamu, hari ini akan bertambah jua tanggungjawabmu, hari ini menjadikanmu lebih matang, dek ujian yang akan mendatang...hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharungi onak duri. Hari ini, ALLAH TELAH MEMENDEKKAN JARAKMU DENGANNYA, semakin KURANG TEMPOH BERAMAL, semakin KUBUR MEMPERSIAPKAN TEMPAT UNTUKMU". Syu...selamat hari ulangtahun ke24.

Ucapan sahabatku, Norhaniza Osman membuatkan aku tersentak. Ya, benar ungkapannya. Seraya rasa keinsafan menyelinap ke dalam hatiku. Lantas aku membalas mesejnya dengan mengucapkan terima kasih atas ucapannya dan mesej yang benar2 terkesan dihatiku. Terima kasih sahabatku.

Apabila menjelangnya sambutan hari jadi, ucapan syukur haruslah mendahului segalanya. Bahkan, bukan hanya ketika itu sahaja. Mohon agar usia yang berbaki dapat digunakan dengan sebaik2nya. Diberikan petunjuk dan pimpinanNya. Amin.

Semakin meningkat usia, semakin pendek baki usia kita.


"Ya Allah, berkatilah usiaku, berkatilah rezekiku dan berkatilah ilmu yang aku perolehi. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa dan kesalahanku selama ini. Tiada daya aku, tanpa rahmat dan kasih sayangMu...Hanya padaMu, aku memohon"

0 comments:

Post a Comment