Wednesday, March 24, 2010

Di penghujung semester...

0 comments
Assignment ooh assignment...

Jika dipinta menyenaraikan kesemua tugasan yang diberikan, rasanya hampir penuh satu kertas. Mahu atau tidak, malas atau rajin, itu adalah kewajipan kita yang tak dapat dinafikan.

Semuanya bergantung pada setiap individu. Jika di awal semester, semangat berkobar-kobar untuk melakukan yang lebih baik tapi, apabila sampai di penghujung semester dan ditambah pula timbunan assignments yang membuatkan neuron-neuron otak ligat berfikir, terkadang sungguh memenatkan. Natijahnya, hasil assignments kita tak seberapa. Ada yang menyiapkannya ala kadar sahaja gara-gara tempoh akhir menghantar assignments semakin dekat.

Asalkan hantar, sudah cukup!

Pensyarah pula menilai hasil kerja kita mengikut kriteria yang mereka kehendaki. Cukup lengkap atau tidak kerja yang kita lakukan, jawapannya ada pada kita. Cuba fikirkan hasil kerja gred A, B dan C. Berbeza, bukan? Jika kita menjadi pensyarah juga kita akan tahu setakat mana usaha pelajar dalam menyiapkan tugasan. Jika cara bekerja ala kadar, tidak kemas dan lewat hantar, sudah tentu sukar mencapai keputusan gred A!

Hal ini sama sahaja dalam kehidupan seharian kita. Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, cara kerja kita perlu cemerlang. Sebagai contoh, bagi mendapat markah 90% dalam ujian, maka usaha dan ketekunan kita perlu mencapai tahap 90% juga. Begitu sifirnya.

Jika hanya berusaha sekadar 30%, layakkah kita mencapai tahap 90%?

Mari kita sama-sama fikir, di tahap mana kita berada?

0 comments:

Post a Comment