Friday, March 12, 2010

Anda Mengalami Tekanan?

0 comments
Dalam kehidupan seharian, kadang-kadang kita dibebani dengan masalah di pejabat, sekolah, universiti dan lain-lain. Keadaan tekanan yang melampau boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang. Waktu rehat yang tidak cukup juga menyumbang kepada faktor tekanan. Lebih teruk lagi, jika tekanan boleh menyebabkan kita mengalami sakit jantung, migrain dan sebagainya.

Jika kita sering mengalami tekanan, kita akan mudah pening, demam, pucat dan sakit-sakit lain mudah menyerang akibat imunisasi badan yang tidak kuat. Tidak hairanlah, apabila seseorang mengalami tekanan, dia akan mudah jatuh sakit.
Tekanan yang biasa dialami oleh pelajar ialah masalah pelajaran, persatuan, rakan-rakan, cinta, kewangan dan lain-lain. Jika tidak diurus dengan baik, tekanan akan bertambah dan mengganggu kestabilan emosi dan pemikiran mereka. Bila stress melanda, wajah juga tidak ceria, penampilan tidak terurus, kerja bertangguh dan orang yang berada dekat dengannya juga turut terkena tempiasnya.



Inilah aksi dan kesan yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang mengalami stress yang tidak terkawal. Jadi, pandai-pandailah kita kawal emosi bila menghadapi masalah.


Jalanilah kehidupan anda dengan sihat dan gembira. Mohonlah doa pada Allah tidak kira sama ada kita mengalami stress ataupun tidak. Say No to Stress!





0 comments:

Post a Comment