Sunday, October 18, 2009

Kalam Cinta

0 comments
Assalamualaikum kepada anda semua...smg sihat dan ceria hendaknya. =)

Rasa-rasanya saya tidak pernah lagi bercakap mengenai soal hati dan perasaan dalam blog ini. Sengaja memilih tajuk sebegini. Acapkali saya mendengar lagu nyanyian Edcoustic - Muhasabah Cinta...lirik2nya menyentuh hati dan seringkali membuatkan diri ini berfikir. (lagu ni ada dimuatkan @alunan irama)

Apabila menerjah blog2 sahabat2 lama (ex-kisas, kusza, dll) sambil melihat perkembangan semasa masing2 membuatkan hati ini tercuit sedikit. Mengimbau kenangan2 lalu...kini, masing2 sudah punyai kehidupan sendiri. Di kala ini sahabat2 yang seusiaku ramai yang sudah menamatkan pengajian mereka. Tak kurang juga yang dah mula memasuki alam kerjaya...dan married list juga semakin bertambah ^o^...( akhir oktober ni will be my old friend wed! @ subang)

Walau apa pun, tahniah!!! Gembira andai nanti ada gathering esp. KISAS batch 02-03 . Glad to see all of you. Nampaknya tulisan ni macam dah lari tajuk..hu2..~_^

Anda percaya pada kuasa CinTa?

Seringkali terdengar kata2 ini:

Cinta mampu membuatkan yang lemah menjadi kuat, yang sakit menjadi sihat, yang fakir menjadi kaya dan lain2 ungkapan yang menggambarkan HeBatnye CinTa!!

Namun...

Cinta juga mampu membuatkan yang kuat menjadi lemah, yang sihat menjadi sakit, yang kaya menjadi fakir...

Analogi yang saya bawakan - Cinta Umpama Peluru

Apabila salah di gunakan, boleh memudaratkan bahkan boleh meMATiKAn! Justeru, berhati2 lah tatkala peluru cinta ini dilepaskan. Butiran das tembakan sang peluru mampu menyelamatkan nyawa dan mampu mengakhirkan nafas seseorang. Renung2kan bersama...


~Kalam cinta dari pencinta kepada Sang Pencipta Cinta~

0 comments:

Post a Comment