Baru2 ini saya sempat menonton TV di cafeteria asrama bersama kawan2. Sudah lama saya tidak berkesempatan menonton TV kerana sibuk dengan tugasan2 lain. Saya pasti ramai antara kita yang pernah melihat sebuah iklan TV Air Asia yang ditayangkan oleh stesen televisyen swasta. Bagi saya iklan sebegini bukanlah untuk mempromosikan syarikat penerbangan itu, bahkan lebih kepada pengeksploitasian wanita.
Walaupun pada mulanya saya tidak perasan sangat kekurengan iklan itu. Namun, setelah melihat satu persatu keletah kanak2 itu, saya terasa pelik dan mula mengamati setiap butiran percakapan dalam iklan tersebut.
Susuk tubuh pramugari di tunjukkan dalam beberapa keadaan yang tidak sepatutnya. Aksi2 kanak2 lelaki itu juga membuatkan saya menyampah melihatnya. Apa sebenarnya motif iklan ini? Di manakah tapisannya? Bagaimana pula iklan berunsur lucah ini LULUS untuk disiarkan umum?
Banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan. Tidak perlu menggadai maruah untuk mengejar status iklan antarabangsa. Atau, adakah ini caranya untuk memperkenalkan Air Asia? Mungkin ada propaganda2 tertentu disebalik pembikinan iklan ini.
Bagi saya, bukan setakat budak kecil, malah bapak budak juga boleh terkesan dengan apa yang dipaparkan. Bukankah cabaran terbesar kaum lelaki ialah wanita?
Firman Allah SWT :
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..
"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."
Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )
0 comments:
Post a Comment