Wednesday, September 30, 2009

Syawal Tahun Ini....=) Part II

0 comments
Alhamdulillah, aku berkesempatan menjengok rumah kedua ku ini..^o^
Usai kelas Nahu tengahari tadi, aku solat Zuhur dan terus ke makmal komputer. Nak up-date apa2 yang patut.

Syawal masih lagi terasa kemeriahannya. Lagu2 raya pun banyak lagi kedengaran di corong2 radio. Hmm...puasa sebulan, raya pun sebulan ke??

Oh ye, ni sambungan dari kisah yang pertama...

2 Syawal ^_~

Hari ini aku sekeluarga bertolak pulang ke kampung di Yan, Kedah. Disebabkan kesesakan kat highway, perjalanan kami telah mengambil masa hampir 9 jam. Apa2 pun, syukur padaNya kerana segalanya selamat. Sebaik tiba di rumah Tok, kelihatan sepupu2 ku sedang asyik menonton TV. Kalau tak silap malam tu ada Cicakman.

Gembira dihati ini tatkala aku melangkah masuk ke dalam rumah. Aku terus bersalaman dengan Tok dan Mak Ngah. Tak lama kemudian Pak Lang sekeluarga pun sampai. Bertambah best dan meriah. Haa...bila dah berkumpul ramai2 ni, aku dapat bermain dengan si comel ni - sepupuku, Nurul Amirah. Dia yang baru berusia 4 tahun itu cukup petah bila bercakap. Ditambah pula dengan wajahnya yang comel dan putih gebu membuatkan ramai yang suka mencubit2 pipinya. =)
( yang baju hijau tu ialah Tok)

Selama 3 hari aku berhari raya di kampung. Alhamdulillah, aku sekeluarga sempat menziarahi kubur arwah Tok Wan, Tok Nek (moyang) dan Pakcikku. Sewaktu Tok Wan meninggal, aku masih belum lahir lagi. Tok Nek pula meninggal ketika aku berusia 5 tahun. Manakala Pakcikku baru meninggalkan kami pada tahun lepas. Innalillah...

Pada hari Khamis, kami bercadang untuk pulang ke Perak. Rasa macam tak cukup je cuti kali ni. Mujurlah sempat juga aku dan sepupu2 ku pergi ke kawasan Air Terjun Batu Hampar yang terletak berhampiran rumah Tok. 5 minit je.Best!!! Air sungainya sejuuukkk bangat! =) Untuk pengetahuan anda , kawasan air terjun tu betul2 dalam kawasan rumah Sultan Kedah. Dulu, tempat ni tak dibuka untuk org ramai. Tapi sekarang ni dah dibuka kepada semua.

Dan sebelum berangkat pulang, kami bergambar beramai2. Macam2 warna tema baju raya yang ada. ( cyan, biru, dan hijau pucuk pisang). Uniknya, baju raya bagi keluargaku tidak pernah berpakat untuk sama warna. Masing2 beli ikut kesukaan sendiri...tup..tup time raya, matching pulak!!!he2

On the way nak sampai rumah, kami melalui jalan Kuala Kangsar. Di situ ada saudara-maraku sebelah ayah. Jadi, kami pun singgah di Manong, KK. Tak sangka2 kedatangan kami serentak dengan Mak saudaraku yang tinggal di Shah Alam dan sepupu2 yang lain. Bertambah meraih la...al maklum, sepupu2 ku ni sudah berkeluarga. Waktu tu la aku baru dapat berkenalan dengan anak2 sepupuku yang dah besar2 semuanya. Lama sangat tak jumpa diaorang. Seronok bila dapat berjumpa dan bersembang. Masing2 sudah ada kehidupan sendiri...=) .

Kemudian, kami meminta izin untuk pulang ke Kampar. Ibuku agak letih memandangkan perjalanan kami masih jauh. Alhamdulillah, kami tiba di rumah pukul 9mlm...

p/s : Sama2lah kita jalinkan ukhuwah yang baik sesama saudara seagama.

0 comments:

Post a Comment