Wednesday, September 30, 2009

Syawal Tahun Ini....=) Part II

0 comments
Alhamdulillah, aku berkesempatan menjengok rumah kedua ku ini..^o^
Usai kelas Nahu tengahari tadi, aku solat Zuhur dan terus ke makmal komputer. Nak up-date apa2 yang patut.

Syawal masih lagi terasa kemeriahannya. Lagu2 raya pun banyak lagi kedengaran di corong2 radio. Hmm...puasa sebulan, raya pun sebulan ke??

Oh ye, ni sambungan dari kisah yang pertama...

2 Syawal ^_~

Hari ini aku sekeluarga bertolak pulang ke kampung di Yan, Kedah. Disebabkan kesesakan kat highway, perjalanan kami telah mengambil masa hampir 9 jam. Apa2 pun, syukur padaNya kerana segalanya selamat. Sebaik tiba di rumah Tok, kelihatan sepupu2 ku sedang asyik menonton TV. Kalau tak silap malam tu ada Cicakman.

Gembira dihati ini tatkala aku melangkah masuk ke dalam rumah. Aku terus bersalaman dengan Tok dan Mak Ngah. Tak lama kemudian Pak Lang sekeluarga pun sampai. Bertambah best dan meriah. Haa...bila dah berkumpul ramai2 ni, aku dapat bermain dengan si comel ni - sepupuku, Nurul Amirah. Dia yang baru berusia 4 tahun itu cukup petah bila bercakap. Ditambah pula dengan wajahnya yang comel dan putih gebu membuatkan ramai yang suka mencubit2 pipinya. =)
( yang baju hijau tu ialah Tok)

Selama 3 hari aku berhari raya di kampung. Alhamdulillah, aku sekeluarga sempat menziarahi kubur arwah Tok Wan, Tok Nek (moyang) dan Pakcikku. Sewaktu Tok Wan meninggal, aku masih belum lahir lagi. Tok Nek pula meninggal ketika aku berusia 5 tahun. Manakala Pakcikku baru meninggalkan kami pada tahun lepas. Innalillah...

Pada hari Khamis, kami bercadang untuk pulang ke Perak. Rasa macam tak cukup je cuti kali ni. Mujurlah sempat juga aku dan sepupu2 ku pergi ke kawasan Air Terjun Batu Hampar yang terletak berhampiran rumah Tok. 5 minit je.Best!!! Air sungainya sejuuukkk bangat! =) Untuk pengetahuan anda , kawasan air terjun tu betul2 dalam kawasan rumah Sultan Kedah. Dulu, tempat ni tak dibuka untuk org ramai. Tapi sekarang ni dah dibuka kepada semua.

Dan sebelum berangkat pulang, kami bergambar beramai2. Macam2 warna tema baju raya yang ada. ( cyan, biru, dan hijau pucuk pisang). Uniknya, baju raya bagi keluargaku tidak pernah berpakat untuk sama warna. Masing2 beli ikut kesukaan sendiri...tup..tup time raya, matching pulak!!!he2

On the way nak sampai rumah, kami melalui jalan Kuala Kangsar. Di situ ada saudara-maraku sebelah ayah. Jadi, kami pun singgah di Manong, KK. Tak sangka2 kedatangan kami serentak dengan Mak saudaraku yang tinggal di Shah Alam dan sepupu2 yang lain. Bertambah meraih la...al maklum, sepupu2 ku ni sudah berkeluarga. Waktu tu la aku baru dapat berkenalan dengan anak2 sepupuku yang dah besar2 semuanya. Lama sangat tak jumpa diaorang. Seronok bila dapat berjumpa dan bersembang. Masing2 sudah ada kehidupan sendiri...=) .

Kemudian, kami meminta izin untuk pulang ke Kampar. Ibuku agak letih memandangkan perjalanan kami masih jauh. Alhamdulillah, kami tiba di rumah pukul 9mlm...

p/s : Sama2lah kita jalinkan ukhuwah yang baik sesama saudara seagama.

Monday, September 28, 2009

Syawal Tahun Ini....=)

0 comments
Perjalanan pulang ke rumahku di Darul Ridzuan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Pudu membuatkan diri ini begitu teruja. Alhamdulillah, mujurlah suasana di Pudu pada petang itu tak sesak. Mungkin ramai yang belum berhajat untuk pulang ke kampung lagi walaupun hanya 3 hari lagi Syawal akan menjengokkan diri. Kalau diikutkan tiketku yang sebenar, aku akan bertolak pada jam 4ptg. Namun, rezeki ku pada hari tu, ada lagi seat yang kosong, jadi pemandu bas mempelawa aku untuk naik bas yang bergerak 3.30ptg =)

Dengan ibtisam yang terukir di bibir, aku segera naik bas tersebut. Niat di hati agar aku berkesempatan berbuka bersama keluarga di rumah. Ye lah, dah lama tak berbuka bersama usrah tercinta. Namun begitu, bekalan untuk berbuka sudah kusiapkan dalam beg sandang sedari awal lagi. ^o^
Syukurlah dalam 6.30ptg aku selamat tiba di rumah....


Eid Fitr tahun ini disambut secara sederhana. Sebaik menonton TV tentang pengumuman tarikh hari raya, aku tersenyum lagi...tersenyum meilhat gelagat adikku dan kakakku yang agak terkejut kerana EsoK RaYa! Mungkin ada yang tidak menyedari bhwa tahun ini kita menunaikan ibadah puasa selama 29hari berbanding 30hari pada tahun2 lepas. Seperti biasa, surau di hadapan rumahku akan melaungkan TAKBIR usai solat Isyak. Orang yang paling happy...semestinya adik bongsuku. Masakan tidak, biasanya malam raya dia akan join group TAKBIR ! Macam biasa, dia dan jemaah surau akan bertandang ke beberapa buah rumah di sekitar kawasan rumahku untuk berTAKBIR raya...MerIaH!!! Masih kuingat lagi, adikku (Anas) balik kekenyangan setelah selesai berTAKBIR raya. Kenyang dek dijamu tuan2 rumah...=) yang paling best, sudah pasti lah poketnya dah kembung!!! Tu zaman kanak2nya. Tapi sekarang umurnya sudah meningkat 17thn. Saat aku bertanya tentang duit raya...dia hanya menjawab..."Anas dah besar, sebab tu tak dapat duit dah.." ^_^


1 Syawal 1430 / 20 September 2009
Bersama keluarga tersayang

1 Syawal bagi aku sekeluarga pada tahun ini dirasakan lebih meriah berbanding tahun lepas. Seperti biasa 1 Syawal akan disambut di rumah...selalunya pada 2 Syawal barulah kami pulang ke kampung Mak di Yan, Kedah. Seronoknya tak terkira walaupun kami tiba agak lewat dek kesesakan kat highway...(ada lori terperosok dalam kawasan semak)

Haa...ada lagi yang menarik bakal diceritakan lagi...tunGGu..!! =)

p/s: I need to stop now...so sleepy.

Sunday, September 27, 2009

Salam Eidul Fitri

0 comments
Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua yang menziarahi blog ini. Syukran jazilan =)...hari ni kita berada pada hari ke-8 Syawal. Haaa...antum dah berpuasa sunat 6? Kalau sudah, alhamdulillah. Pada sesiapa yang belum mula atau belum cukup 6hari, cepat2lah tunaikan sebelum Syawal habis. Al-maklum...nanti byk open house, jamuan raya...takut2 tak sempat nak berpuasa sunat, Syawal pun dah hbis.

Yang tadi tu, muqaddimah je..ok.Alhamdulillah, jam 7.40 malam saya baru sahaja tiba ke bumi Nilai ini setelah seronok bercuti hari raya seminggu. Tak puas rasanya sebab hati ini masih ingin berada bersama keluarga di rumah. Namun, kembalinya saya ke sini ada misi dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Belajar dan terus belajar..(ayat untuk pujuk hati..^o^)

Di sini saya ingin kongsikan pengalaman berhari raya sepanjang cuti yang lalu. Teruja rasanya nak menulis dalam blog ini hinggakan saya terus menerjah blog yang sudah lama tak terusik sebaik sahaja usai makan malam.

Ada banyak perkara yang nak diceritakan disini...ape dia?? TUnGGu!!!

p/s: saya akan post tentang pengalaman berhari raya dalam entry akan datang...stay tuned!

Monday, September 14, 2009

Isu Zakat Diberi Kepada Bukan Islam

0 comments

Bolehkah zakat diberi kepada bukan Islam?

Assalamualaikum semua...salam ramadhan al-Mubarak. Berikutan isu wang zakat diberikan kepada bukan Islam kini menjadi perbualan ramai, disini saya petik info dari website zakat Selangor.

Dua tiga hari lalu, media massa melaporkan salah seorang ADUN kerajaan negeri membangkitkan isu agihan zakat kepada bukan Islam. Walau bagaimanapun, isu ini tidaklah mengheret LZS ke kancah konflik. Alhamdulillah.

Isu zakat kepada bukan Islam bukanlah perkara baharu. Ia sudah dibahaskan sejak dahulu lagi. Misalnya, asnaf muallaf dikatakan oleh ulamak, bukanlah sekadar terbatas kepada mereka yang baharu memeluk Islam. Bahkan muallaf juga merujuk kepada non-muslim yang ‘ada hati’ dengan Islam.

Begitu juga zakat fitrah, turut dibahaskan bahawa golongan fakir daripada kalangan bukan Islam juga layak menerimanya.

Namun, secara Jujur kita akur bahawa umumnya kefahaman zakat masih minima di kalangan umat Islam. Umumnya umat Islam merasakan, bahawa zakat adalah hak eksklusif umat Islam sahaja.

Kita tidak boleh menyalahkan majoriti umat Islam jika berpemikiran sebegini. Ini memandangkan, upaya pencerahan minda mengenai zakat memang sedikit susah.

Misalnya, suatu masa dahulu inisiatif mewajibkan zakat pendapatan telah melalui laluan yang agak payah. Wal hal terang-terang Yusuf Qardhawi menyatakan ia sudah dilaksanakan sejak zaman para sahabat lagi.


Di sini juga saya paparkan info dari laman e-fatwa buat tatapan kita umat Islam.

Kategori : Ibadat
Tajuk :
Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah
Isu :

1. Persoalan mengenai perkara ini ditimbulkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam yang bersidang pada bulan September 2007 yang lalu. Muzakarah membincangkan isu ini untuk mendapatkan satu keputusan atau dasar tentang hukum memberikan wang zakat kepada orang bukan Islam bagi tujuan dakwah di bawah asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum.

2. Di Negeri Kelantan, program dakwah kepada orang bukan Islam khususnya dakwah kepada orang asli dilaksanakan oleh Unit Dakwah, Majlis Agama Islam Kelantan dengan menggunakan peruntukan wang zakat. Walau bagaimana pun sehingga sekarang tiada fatwa khusus yang memperincikan takrifan asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum, samada ia meliputi orang Islam sahaja atau ia merangkumi orang kafir.

Keputusan :
Setelah membincangkan isu ini dengan teliti, Mesyuarat Jamaah
Ulama’ bersetuju memfatwakan seperti berikut :
1. Asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan Muslim dan golongan Kafir.

Golongan Muslim meliputi :
a. Orang yang baru memeluk Agama Islam.
b. Ketua-ketua kumpulan Islam yang mempunyai hubungan baik dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sama taraf dengannya.
c. Ketua-ketua kumpulan Islam yang masih belum mantap imannya tetapi masih berpengaruh.

Golongan bukan muslim (kafir) pula meliputi :
a. Orang yang berkemungkinan menerima Islam.
b. Boleh dipujuk supaya tidak memusuhi orang Islam.

2. Dalam urusan agihan wang zakat kepada al-muallafatu Qulubuhum ini, secara umumnya Mesyuarat bersetuju dengan pendapat rajih dalam Mazhab Syafie yang mengharuskan wang zakat diagihkan kepada golongan Muslim
Sahaja.

3. Dalam konteks dakwah, khususnya dakwah kepada orang asli di Kelantan, mesyuarat bersetuju memfatwakan bahawa pengagihan wang zakat diharuskan kepada golongan bukan Muslim.
Fatwa ini dikhususkan untuk tujuan dakwah semata-mata kerana kepentingan siasah syar’iyyah untuk pengembangan Agama Islam.

Wallahu'alam

Agungnya Kuasa Maha Pencipta

0 comments

Air Mata Darah


DARI kiri Twinkle Dwivedi, Rashida Khatoon dan Calvinno Inman.

Fenomena pelik remaja titis air mata darah

CALVINNO Inman, Twinkle Dwivedi dan Rashida Khatoon tidak mengenali satu sama lain, tetapi remaja dari India dan Amerika Syarikat ini berkongsi satu masalah penuh misteri yang membingungkan ramai iaitu mereka mengalirkan air mata darah.

Inman, dari Tennessee, menjadi ‘mangsa’ terbaru masalah misteri itu dan penderitaannya itu menjadi perhatian ramai selepas dilaporkan media antarabangsa, akhir bulan lalu.


Remaja lelaki berusia 15 tahun itu dikatakan tidak dapat mengawal mengalirkan air mata darah sehingga tiga kali sehari dan berlanjutan selama 15 minit sehingga sejam! Ketika ramai kagum dengan keadaan dirinya, tetapi tidak ramai yang menyedari masalah itu jelas mengganggu kehidupan Inman. Malah, beliau sering disindir rakan-rakannya yang melabelkannya sebagai kerasukan atau kesakitan setiap kali air mata darahnya mengalir.


“Kadang-kadang saya dapat rasakan ia keluar, sama seperti air mata. Saya berasakan mata saya berair. Kadang-kadang, mata saya terlalu sakit seolah-olah mahu tercabut,” katanya kepada stesen ABC News, baru-baru ini.

Ibu Inman, Tammy Mynatt, yang bimbang dengan keadaan itu berkata, beliau sudah membawa anaknya menjalani pemeriksaan MRI, imbasan CAT dan ultra bunyi serta mengadakan temujanji dengan pakar. Sayangnya, di negara maju seperti Amerika sekali pun, tiada seorang doktor yang dapat mengenal pasti punca keadaan Inman. Malah golongan pakar perubatan turut bingung dengan keadaan itu.


Mynatt menceritakan detik-detik bagaimana beliau menghubungi talian 911 apabila kali pertama anaknya menitiskan air mata darah itu.

“Perkara paling menakutkan dalam hidup saya ialah apabila beliau memandang dan bertanya, ‘Mak, apakah saya akan mati?’ Pertanyaan itu amat menusuk hati kerana sebagai ibu saya cuma mampu memerhatikan tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya. Pakar Oftalmologi, Dr Rex Hamilton, berkata remaja itu mungkin menderita keadaan yang digelar Haemolacria atau ringkasnya ‘air mata darah.’

“Ia cuma perkataan menggambarkan manifestasi air mata darah. Ia tidak menyebut apa-apa mengenai puncanya dan terjadi satu dalam sejuta orang,” katanya.

Tidak kurang pula yang mengaitkan masalah itu dengan kecacatan saluran air mata dan ketumbuhan dalam otak, biarpun ia kekal andaian kerana tiada sebarang bukti perubatan bagi menyokongnya.

Apa yang pasti, keadaan Inman menyamai penderitaan ditanggung Rashida Khatoon, remaja dari Patna, di timur laut India. Seperti juga di Amerika, pakar perubatan India juga tidak mempunyai sebarang jawapan di atas penderitaan gadis itu.

“Saya tidak berasa sakit apabila titisan air mata darah itu keluar. Tetapi tergamam juga melihatkan air mata darah yang mengalir dan bukannya tangisan biasa,” kata Rashida.

Jika Inman dituduh kerasukan, Rashida sebaliknya dipandang mulia penganut Hindu yang menganggap dirinya satu keramat. Mereka sanggup ke rumahnya untuk mendapatkan restu serta memberi hadiah kepada Rashida dan keluarganya.

Seorang lagi remaja India, Twinkle Dwivedi, 13, pula kehilangan darah menerusi kulitnya, termasuk mata tanpa mengalami luka atau calar.

Malah dia terpaksa menjalani pemindahan darah apabila ia keluar menerusi mata, hidung, garis rambut, leher dan tapak kaki. Ada kalanya, keadaannya teruk apabila bangun dengan keseluruhan tubuhnya diselaputi darah kering. Penderitaan Dwivedi sebaliknya dipandang serong oleh penduduk kampung yang percayakan beliau disumpah dan menjerit kata-kata menghina gadis itu.

Keluarganya yang bimbang sudah mendapatkan bantuan daripada ramai doktor selain pemimpin agama pelbagai agama tetapi menemui jalan buntu.

“Saya amat terdesak untuk membantu anak saya. Kami tidak percayakan perkara tahyul tetapi amat terdesak. Kami sudah ke kuil, masjid, gereja tetapi tiada apa dapat menyembuhkan anak saya,” kata ibunya, Nandani, 42. Pakar perubatan India kini percaya keadaan Dwivedi adalah versi teruk masalah platelet darah yang jarang berlaku dan tidak dapat mencari penawar.


Dr. Muhaya Mohamad

Di Malaysia juga tidak terkecuali digemparkan berita hampir sama kira-kira 24 tahun lalu apabila akhbar melaporkan kanak-kanak yang ketika itu berusia 10 tahun, Yogalingam, dari Perak, mengeluarkan benang daripada matanya.

Selama hampir dua minggu, gumpalan benang berterusan keluar menerusi matanya yang memaksanya ditahan di hospital lebih 10 hari. Kesengsaraan Yogalingam bermula dengan rasa gatal dan sakit pada matanya terutama di kelopak mata kanan. Ibunya, Letchumi, yang cemas dengan keadaan itu segera membawa Yogalingam ke hospital Ipoh. Doktor menemui gumpalan hitam pekat di kelopak mata Yogalingam dan apabila ia dikeluarkan hasilnya amat membingungkan doktor kerana ia adalah seutas benang.

Menurut doktor yang merawatnya, lebih 80 gumpal benang ditarik daripada mata kanan kanak-kanak berkenaan dan panjangnya mencecah enam hingga lapan sentimeter. Ia terus menjadi misteri apabila kajian di Makmal Direktorat Kimia Jabatan Kesihatan Malaysia, mengesahkan benang asli itu daripada serat kapas.

Tidak kurang menariknya kejadian aneh pada 2007 mengenai kemampuan gadis Melaka, Siti Suhana Saadon, mengeluarkan beratus-ratus bebola kecil berbentuk kristal dan permata pelbagai warna menerusi ibu jari kirinya. Sekumpulan pakar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang melakukan kajian, mengesyaki bebola kecil warna jernih seperti kristal, guli dan hirisan kaca yang keluar daripada ibu jari kaki kiri gadis berkenaan hasil tindak balas enzim dan toksik dalam tubuhnya.

Namakan ia apa saja - misteri, aneh atau pelik tetapi bagi umat Islam, keadaan itu tidak sepatutnya menghairankan sebaliknya menjadi sumber kekaguman kepada kebesaran kuasa Allah.

'Fenomena aneh tak dapat diterokai akal'

APAKAH mungkin kejadian air mata darah itu dibuat-buat? Atau mungkinkah ini disebabkan virus tertentu yang menyebabkan pendarahan berlaku?

Namun, bagi Pengerusi Persatuan Oftamologikal Malaysia, Prof Dr Muhaya Mohamad, beliau bersetuju dengan pandangan pakar antarabangsa yang kejadian tangisan darah ini sememangnya satu misteri perubatan yang belum terungkai lagi, biarpun dunia menyaksikan pelbagai perkembangan teknologi perubatan serba canggih.

Ini kerana hakikatnya, biar cerdik mana dan pencapaian manusia, masih ada bidang yang belum dapat diterokai kemampuan akal dan tinggal fenomena aneh yang tiada jawapannya.

“Secara jujurnya, saya katakan keadaan itu adalah satu misteri kerana saya tidak pernah berdepan perkara itu sepanjang 18 tahun menjadi pakar mata. Saya memandangnya sebagai tanda kebesaran Allah SWT.

“Manusia, walaupun berkelayakan sebagai doktor tidak dapat menandingi kuasa Allah SWT. Ilmu kita amat terbatas sedangkan kuasa-Nya tidak terhad.”

Ditanya sama ada dia sendiri pernah berdepan pengalaman merawat pesakit menghidap masalah misteri ini, Dr Muhaya berkata, jika ada pun, ia membabitkan virus sakit mata.

“Kes pernah dikendalikan membabitkan air mata berwarna agak merah jambu yang disebabkan virus sakit mata. Simptomnya membabitkan mata bengkak dan membran yang apabila dibuang menyebabkan warna air mata berubah.

“Tetapi belum pernah saya berdepan dengan pesakit mengalirkan air mata darah. Jika pesakit menghadapi masalah platelet darah kurang sekalipun, pendarahan berlaku pada retina dan dia tidak akan mengalirkan air mata darah,” katanya.

Justeru, Dr Muhaya berkata, kejadian air mata darah itu sememangnya satu misteri.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk memberi penjelasan mengenai kes ini. Ia satu misteri bagi saya tetapi kita tidak boleh terus mengatakan ia dibuat-buat kerana keadaan itu mungkin satu petunjuk Allah SWT.

“Sekali lagi saya tegaskan kita manusia jangan sombong kerana pengetahuan kita amat terhad. Perkara seperti ini pun sudah cukup membingungkan kita,” katanya.

Artikel dipetik dari bharian online 14 september 2009.

p/s : Subhanallah, Allah Maha Berkuasa...

Friday, September 11, 2009

Kehadiranmu dinanti...pemergianmu ditangisi

0 comments
Saat menaip entry kali ini, saya terfikir sendirian..."hmm...malam ni dah masuk malam ke22 ramadhan". Pantas sungguh Ramadhan berlalu. Terasa terlalu rugi andai puasa kali ini masih sama seperti tahun2 sebelumnya.

Dalam satu tazkirah ringkas yang saya hadiri malam ini, Ustaz ada menyebut bahawa "Ramadhan yang datang adalah sama...namun natijahnya berbeza". Ada maksud yang tersirat disebalik kata2 ustaz itu. Ya! Ramadhan adalah satu bulan yang dikurniakan Allah pada hamba2Nya. Doa mustajab, pahala berganda, pintu syurga dibuka manakala pintu neraka ditutup, dll...adalah satu tawaran yang sungguh hebat dan Maha Agung yang ditawarkan untuk kita. Pilihannya bergantung pada iman masing2.

Natijahnya kita akan lihat selepas berlalunya Ramadhan alMubarak. Sayang, andai kita tidak terkesan langsung dengan tarbiyah Ramadhan. Dalam bulan ini, kita boleh bangun awal untuk bersahur, adakah selepas ini kita mampu untuk bangun awal lagi? Jika dalam bulan ini kita boleh memperbanyakkan sedekah, adakah amalan sedekah itu kita dapat teruskan?

Jom, muhasabah diri...sebelum kita dimuhasabahkan!!

Allahumma barik lana fi Ramadhan warzuqna lailatal qadr...amin

Hukuman Sebat

0 comments
Salam alaik buat semua pengunjung blog yang dirahmati Allah. Hari ini saya ingin kongsikan bersama tentang isu sebat yang sememangnya rancak diperkatakan sehingga hari ini. Kisahnya berkisar hukuman minum arak yang dikenakan terhadap seorang perempuan Muslim - Kartika.

Disini saya paparkan beberapa perbezaan antara cara pelaksanaan hukuman sebat ke atas pesalah. Semoga kita lebih jelas dengan isu ini dan lebih memahami konsep sebat itu sendiri.


Ini adalah caranya sebatan ke atas pesalah wanita. Dengan berpakaian menutup aurat, rotan yang kecil dan tidak boleh mengangkat rotan melepasi kepala perotan, dan jika mengandung ditangguhkan terlebih dahulu. Bukankah ia sungguh ringan berbanding sebatan sivil yang dirotan tanpa pakaian dan rotannya sangat tebal. Sebat didalam Islam tidak melukakan tetapi memberi pengajaran. Dan dibuat di khalayak ramai supaya dapat memberikan pengajaran kepada orang lain. Jadi kepada mereka yang sentisa mencari kesalahan hukuman Syariah, bersama fikirkan, yang mana lebih zalim.



Contoh sebatan mengikut Syariah kepada pesalah lelaki. Sungguh ringan hukumannya berbanding sebatan sivil seperti di bawah.



Gambar di atas pula adalah cara sebatan sivil. Tanpa pakaian. Merotan dengan boleh melepasi kepala perotan. Boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan kecederaan yang serius. Bersama kita fikir-fikirkan.



Maklumat Ringkas:

SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

Thursday, September 10, 2009

Renung-renungkan...=)

0 comments

Saturday, September 5, 2009

Ramadhan Universiti Tarbiyah

0 comments
Assalamualaikum kepada semua pelawat yang menziarahi blog ini. Hari ini sudah masuk hari ke 15 Ramadhan 1430. Haa...sedar tak sedar kita dah pun dah sampai pertengahan bulan al-Mubarak ini. Semoga kita diberi kesempatan untuk menikmati bulan mulia ini hingga ke penghujungnya dengan amal ibadah. Sama2lah kita berdoa agar dipanjangkan usia untuk bertemu pula dengan Ramadhan akan datang. Di sini saya petik artikel yang diambil dari penulisan Harun Yahya. Moga2 bermanfaat untuk semua, insyaAllah.

Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).

Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.

Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.

Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.

Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.

Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah;

"kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".

Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:

Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.