Friday, August 21, 2009

Motivasi di awal Ramadhan

0 comments
Assalamualaikum buat anda semua..semoga hari ini kita menjadi lebih baik dari semalam dan esok, insyaallah lebih baik dari hari ini..amin..

Pagi ini saya sekeluarga pergi ke sekolah adik yang kebetulan menganjurkan program motivasi dan solat hajat sempena peperiksaan PMR dan SPM...bertempat di dewan Sekolah Izzudin Shah, Ipoh...

Setibanya di kawasan sekolah, sudah kelihatan adikku (Anas) yang menjadi MC pd pagi itu. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar walaupun agak lewat sedikit kerana masalah teknikal. Motivasi telah disampaikan oleh Us. Azhan yang merupakan penceramah motivasi di pusat motivasi at-taqwa. Banyak tayangan gambar dan alunan nasyid yang menjadi tatapan para hadirin...

Salah satu slot yang paling menyentuh hatiku ialah bila Us. Azhan bercakap mengenai pengorbanan ibu dan bapa...tanpa dapat dikawal, mataku digenangi air...apatah lagi apabila ustaz meminta agar setiap pelajar yang ada, pergi mendapatkan ibu bapa masing2 dan mohon restu...saya mengambil kesempatan untuk mengambil gambar2 mereka...syukurlah...hati mereka dilembutkan Allah untuk kembali mengenang segala jasa dan pengorbanan orang tua...

Semoga program yang berlangsung pagi tadi, dapat memberi impak positif kepada hadirin yang datang khususnya para pelajar...syukur pada Allah kerana memberiku hidayah dan motivasi di awal Ramadhan ini...

"Ya Allah, lindungilah aku dan ahli keluargaku dari azab api nerakaMu...amin"

0 comments:

Post a Comment