Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan Kareem 1430H

0 comments

Apa khabar puasa kita??

Alhamdulillah, hari ini sudah 5 hari kita melalui bulan Ramadhan, bulan yang ke-9 dalam tahun Islam. Meniti fasa awal Ramadhan sudah pasti banyak perkara yang kita lalui dalam usaha untuk menyesuaikan diri dan keadaan dalam bulan yang penuh ujian ini. Rutin harian juga turut berubah serta merta...waktu bangun subuh juga lebih awal dek kerana masing2 ingin mengisi perut ketika bersahur. Bangunlah bersahur walau hanya segelas air. Di situ tersembunyi hikmah dan barakah...

Fasa pertama ini penuh dengan rahmat yang Allah offer pada umat Islam. Hanya 30 hari shj tawaran ini diadakan dalam tempoh setahun!!! Justeru, jom kita sama2 isi bulan Ramadhan ini dengan amal ibadah bukan sahaja menunaikan puasa dengan bersungguh2 malah bersolat tarawih, membaca dan tadabbur al-Quran, bersedekah, menunaikan solat2 sunat; tahajud, hajat, istikharah, witir dsb. Di pertengahan Ramadhan menjanjikan maghfirah buat kita...di kala ini bersama2lah kita memperbanyakkan memohon ampun padaNya. Moga diampunkan segala dosa2 lalu..amin. Dan di penghujung bulan ini, dijanjikan perlepasan dari api neraka. Subhanallah!

Jom muhasabah, macam mane agaknya puasa kita pada tahun2 lepas? adakah sama atau lebih baik? jika jawapannya lebih baik, alhamdulillah...moga ditetapkan hati untuk mengislahkan diri...seandainya sama atau mungkin lebih teruk dari yang terdahulu...cepat2lah kita perbaiki dan tampung semula mane2 yang tercarik dan lompong. Tak tahu lagi samada kita berkesempatan bertemu dgn Ramadhan akan datang...Maka, peluang yang ada depan mata ni perlu digunakan sebaiknya.

Lailatul qadr...hmm...bercakap tentang malam al-qadr ini, membuatkan kita ternanti2 dan menghitung2 bile agaknye ye...? Namun, usahlah hanya pulun di 10 malam akhir ramadhan je...manfaatkan malam2 dalam ramadhan ini dengan semaksimum mungkin. Dan bagi sesiapa yang gemar membuat persiapan menyambut eid mubarak, jangan sampai terlalu ghairah hingga tak menghiraukan kedatangan lailatul qadr...maklumlah, time2 akhir ramadhan nanti, ramai yang sibuk dgn aktiviti2 menyambut raya.

So, jom pakat tambah amalan masa bulan Ramadhan ni. Niat ikhlas lillahi. Semoga beroleh keberkatan dan kemenangan. Allahu Akbar!!!


Monday, August 24, 2009

Ratu Cantik Islamik @ hmetro 240809

0 comments














SUKAINA al-Zayer tidak mungkin berpeluang menang sebarang pertandingan ratu cantik kerana dia memakai purdah dan abaya yang tidak membolehkan orang menilai kecantikan wajahnya. Dia juga mengaku bertubuh gempal.

Tetapi dalam satu-satunya pertandingan ratu cantik di Arab Saudi, hakim tidak mempedulikan bentuk tubuh atau kecantikan wajah. Apa yang mereka cari dalam pertandingan itu ialah 'Ratu Cantik Akhlak' di kalangan peserta yang berjaya menunjukkan kasih sayang dan rasa hormat terhadap ibu bapa masing-masing.

"Matlamat peraduan itu ialah untuk mengukur komitmen peserta terhadap moral seperti yang dikehendaki Islam. Ia alternatif kepada ratu cantik lain yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hanya mengambil kira bentuk tubuh dan wajah wanita," kata pengasas peraduan itu, Khadra al-Mubarak.

Yang menang tidak semestinya cantik. Bagi kami, yang penting ialah kemurnian hati dan moral," katanya. Selepas pertandingan itu dirasmikan Sabtu lalu, hampir 200 peserta akan menghabiskan masa 10 minggu menghadiri kelas dan diuji dengan tema termasuk 'Menyedari kekuatan dalaman anda,' 'Pembentukan menjadi pemimpin' dan 'Ibu, syurga di bawah tapak kakimu.'


Tema terakhir itu berdasarkan hadis Rasulullah SAW bagi menggariskan peri pentingnya rasa hormat kepada ibu bapa, antara tunggak utama dalam ajaran Islam. Peserta juga akan menghabiskan masa sehari di sebuah rumah di luar bandar bersama ibu masing-masing. Di sana mereka akan diawasi oleh hakim wanita dan diberi markah mengenai cara mereka berinteraksi dengan ibu mereka," kata Khadra.

Memandangkan pertandingan itu tidak akan disiarkan menerusi televisyen dan tidak membabitkan lelaki, peserta boleh menanggalkan purdah dan abaya mereka. Ratu Cantik Akhlak itu adalah contoh terbaru yang diubah suai oleh masyarakat Islam daripada format gaya barat yang bertujuan menyebarkan mesej dalam menangani pengaruh budaya kuning yang semakin merebak di rantau itu menerusi Internet dan televisyen satelit.

Satu rangkaian muzik Islam diwujudkan oleh seorang peniaga Mesir baru-baru ini bagi menyiarkan pertandingan ala 'American Idol' untuk penyanyi yang menyanyikan lagu berkonsepkan agama. Beberapa pendakwah juga sudah menjadi selebriti rancangan sembang ala rancangan yang dikendalikan Oprah, bertentangan dengan tradisi selama ini.

Kini, pada tahun keduanya, peserta pertandingan Ratu Cantik Akhlak itu meningkat tiga kali ganda daripada 75 wanita yang menyertainya pada 2008. Pertandingan itu dibuka kepada wanita berusia antara 15 dan 25 tahun dan pemenangnya akan diumumkan Julai depan. Juara akan menerima hadiah RM10,000 sementara tempat kedua dan ketiga RM5,000 setiap seorang.

Pemenang tahun lalu, Zahra al-Shurafa berkata, pertandingan itu mendorong wanita muda dan remaja meningkatkan rasa hormat mereka kepada ibu bapa.

"Saya memberitahu mereka, menang bukan menjadi keutamaan. Apa yang penting ialah menghormati ibu bapa anda," kata Zahra, pelajar universiti yang mengambil jurusan Bahasa Inggeris.

Pertandingan ratu cantik memang diadakan di beberapa negara Arab dengan yang paling terbuka ialah di Lubnan, negara paling liberal di rantau itu dengan peserta muncul di televisyen berpakaian bikini, gaun malam yang glamor dan menjawab soalan yang menguji keyakinan serta pengetahuan am mereka.

Di Arab Saudi, pertandingan seumpama itu tidak wujud, malah diharamkan. Sebelum dimulakan Ratu Cantik Akhlak tahun lalu, pertandingan ratu cantik yang diadakan di negara itu hanyalah untuk kambing, biri-biri, unta dan haiwan lain, bertujuan menggalakan ternakan binatang di kalangan rakyat negara itu.

Acara tahun ini dimulakan Sabtu lepas di bandar Safwa yang majoriti penduduknya berfahaman Syiah. Sebahagian besar peserta juga berfahaman Syiah.

Bagaimanapun, ia terbuka kepada sesiapa dan tahun ini, 15 wanita berfahaman Sunni menyertainya, kata Khadra.

Sukaina, 24, pelajar Pengurusan Antarabangsa, berkata, dia menyertai pertandingan itu kerana kasih sayangnya terhadap ibunya.

"Saya berbangga kerana menghormati ibu bapa saya," katanya.

Mengenai ratu cantik seperti yang diadakan di Lubnan?

"Ia masalah perbezaan budaya. Pertandingan yang diadakan di Arab Saudi diterima oleh Islam," katanya.

Seorang lagi peserta, Awsaf al-Mislim,berkata, jika tidak menang pertandingan itu, dia tetap yakin mencapai sesuatu yang lebih penting.

"Saya berbangga untuk menunjukkan kepada umum bahawa saya bersaing dengan peserta lain kerana kasih sayang kepada ibu bapa saya," kata peserta berusia 24 tahun itu.

Dipetik dari website hmetro online.


p/s : bagus juga diadakan pertandingan2 sebegini..sekurang2nya dapat menarik minat orang ramai tak kira samada muslim ataupun bukan. Islam tidak menghalang kita untuk berhibur tapi, ada batasan2 tertentu yg perlu dijaga...=)

"Muslimah solehah umpama sebutir mutiara yang tersembunyi di dasar lautan...hanya pemuda soleh yang mampu memilikinya"

Friday, August 21, 2009

Motivasi di awal Ramadhan

0 comments
Assalamualaikum buat anda semua..semoga hari ini kita menjadi lebih baik dari semalam dan esok, insyaallah lebih baik dari hari ini..amin..

Pagi ini saya sekeluarga pergi ke sekolah adik yang kebetulan menganjurkan program motivasi dan solat hajat sempena peperiksaan PMR dan SPM...bertempat di dewan Sekolah Izzudin Shah, Ipoh...

Setibanya di kawasan sekolah, sudah kelihatan adikku (Anas) yang menjadi MC pd pagi itu. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar walaupun agak lewat sedikit kerana masalah teknikal. Motivasi telah disampaikan oleh Us. Azhan yang merupakan penceramah motivasi di pusat motivasi at-taqwa. Banyak tayangan gambar dan alunan nasyid yang menjadi tatapan para hadirin...

Salah satu slot yang paling menyentuh hatiku ialah bila Us. Azhan bercakap mengenai pengorbanan ibu dan bapa...tanpa dapat dikawal, mataku digenangi air...apatah lagi apabila ustaz meminta agar setiap pelajar yang ada, pergi mendapatkan ibu bapa masing2 dan mohon restu...saya mengambil kesempatan untuk mengambil gambar2 mereka...syukurlah...hati mereka dilembutkan Allah untuk kembali mengenang segala jasa dan pengorbanan orang tua...

Semoga program yang berlangsung pagi tadi, dapat memberi impak positif kepada hadirin yang datang khususnya para pelajar...syukur pada Allah kerana memberiku hidayah dan motivasi di awal Ramadhan ini...

"Ya Allah, lindungilah aku dan ahli keluargaku dari azab api nerakaMu...amin"

Friday, August 14, 2009

Cuti..Holiday...U'tlah..

0 comments
Cuti mid sem bermula lagi...time cuti ni, masing2 dah ade plan...termasuklah aku. The 1st thing is, i need to be a "tuition teacher" 4 my younger bro as he will be sitting on SPM examination this year!!! Then, i need to edit the new novel and 1 short story...may Allah ease everything..amin.
So, time management is the most important in order to balance my "job"...

Everything is on me..Rabbi Yassir wa la Tu'assir

Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali...13082009

0 comments
Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim ketika membuat persembahan di Konsert Antara Dunia 09
bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam pada 1 Ogos yang lalu.


Usai kelas pada tengahari tadi, aku bergegas ke bilik pensyarah untuk menyelesaikan beberapa urusan. Setibanya di bilik Cik Mazni (pensyarah), aku bertemu classmate ku yang kebetulan ingin bertemu juga dgn Cik Maz...

Setelah dipersilakan masuk, Cik Maz terus menyoal kami berdua sama ada kami sudah membaca berita hari ini?

"Haa..kamu tau tak yang vokalis nasyid Rabbani dah meninggal?"soal Cik Maz dengan nada serius.

"Hah..ustaz Asri ke?" kami berdua membalas serentak...hati ini bagai tak percaya dengan perkhabaran yang baru didengar.

Lantas Cik Maz membuka internet dan aku terus membaca berita online mengenai kematian Ustaz Asri...innalillahi wainna ilaihi roji'un..entah mengapa hati ini bagai masih tidak dapat mempercayainya...

Sungguh! Terasa pemergian seorang pendakwah nasyid yang disegani...diri ini sememangnya meminati alunan suara arwah dalam menyampaikan lagu2 dakwah, zikir, azan dan juga takbir raya...Tambahan pula baru2 ini junior ku semasa di KUSZA dulu baru sahaja meninggal dunia akibat H1N1...kehilangannya sungguh terkesan dihatiku, dan hari ini diriku bagai terkedu lagi...

"Antara petanda akhir zaman, Allah mengambil mereka yang alim dan baik2 terlebih dahulu" getus hati kecilku...

Entah bila pula giliran diri ini...adakah aku sudah bersedia? Ya...inilah hakikat kehidupan yang sementara. Semoga nanti, pabila saatku tiba...aku dijemput olehNya dalam sebaik2 keadaan...Ya Allah, ampunilah dosa2 ku...

-Pergi Tak Kembali- lagu nasyid ini pasti terpahat diingatan ramai orang...(saat ini aku sedang mendengar lagu ini menerusi ikim.fm)...Al-fatihah utk Allahyarham Ustaz Asri. Semoga amal kebaikan arwah dibalas dgn ganjaran pahala oleh Allah, amin.

"Kematian itu adalah hakikat kehidupan"

Sunday, August 9, 2009

Dari Tanah Kembali ke Tanah

0 comments
Travelog setiap manusia...berasal dari tanah dan bakal kembali ke tanah...

Hukum alam - setiap yang bermula pasti ada akhirnya, setiap permulaan ada penghujungnya...segalanya telah tercatat di Luh Mahfuz.

Paling Pintar - Ingat Mati

Kenapa dikatakan orang yang paling pintar adalah mereka yang paling banyak mengingati mati? Pernahkah kita terfikir maksud hadis ini?

Gholibnya apabila disebut tentang kematian, pasti ramai yang takut mendengarnya. Mahu atau tidak, itulah ketetapan yang PASTI! Kematian membuatkan kita menginsafi hakikat kehidupan...ia juga mengingatkan kita tujuan kita hidup di dunia ini...Sudah pasti bagi sesiapa yang sering mengingati mati, dia akan lebih bersedia...
Bersedia dengan melangkapkan diri dengan amalan2 kebaikan. Bersedia dengan memperbanyakkan lagi ibadah...bukan sekadar solat, puasa, zakat atau haji malah seluruh kehidupan ini dari mula kita bangun dari tidur sehingga kita tidur semula. Mua'malah sesama ibu bapa, guru, pensyarah, kawan2, makcik cafe, pak guard dan sesiapa shj wajib dijaga.

Terkadang kita sering lupa, sering juga leka...bahawa ajal itu semakin lama semakin menghampiri kita. Andainya hari ini usia kita mencecah 21 tahun, hitunglah berapa lama lagi baki umur kita yang ada. Tatkala hari ulangtahun kelahiran tiba, adakah kita pernah menyoal diri sendiri; berapa umur ku yang berbaki?? Hanya nyanyian lagu hari jadi dan tiupan lilin kek yang menjadi perkara wajib pabila saat hari ulangtahun...adakah kita pernah terfikir akan hal ini?

Ternyata bagi insan yang sering mengingati mati akan mempersiapkan diri...sebagai bekalan di negeri abadi. Itulah insan yang bijaksana. Kerna dia pasti tidak akan melakukan perkara yang sia2 semasa hayat masih ada. Kebijaksanaan seseorang wajar diukur dari cara dia menyiapkan dirinya andai nanti tiba saatnya nyawa terpisah dari jasad.

Ku pesan pada diri...hargai masa yang ada...persiapkan bekalan untuk ke sana. Entah bila, di mana, bagaimana...kematian yang datang menjemput. Saat kita dilahirkan ke dunia, kita menangis dan orang lain senyum gembira...biarlah nanti, di saat kita pergi meninggalkan dunia ini kita pula yang senyum gembira. Sungguh! Kehidupan ini tidak panjang...semoga akhir hidup kita, adalah sebaik-baik pengakhiran...amin.

"Al-fatihah buat muslimin dan muslimat yang telah kembali padaNya"

Saturday, August 8, 2009

Rehlah Minda - Cerita Kerang

0 comments
Ini cerita seekor kerang...Cerita pengajaran...
Seekor makhluk Allah yang hidup dalam dunianya yang tersendiri. Begitu sukar ditafsir oleh pancaidera manusia. Kehidupannya sama seperti kita; seandainya kita adalah kerang.



Angin taufan yang melanda pantai laut Mediteranean bulan itu amat kuat sehingga meniupkan tiupan angin yang bukan kepalang, lalu angin itu ditafsir menjadi gulungan ombak yang menggila sepanjang pantai. Ia takut, risau dengan keselamatannya. Lantas ia tetap menyorok dalam cangkerangnya. Lama ia begitu, biarpun kelaparan tetap bertahan. Tanpa melihat keluar walau sejenak pun. Adakalnya ia bergolek-golek; dek kerana hempasan ombak setinggi langit baginya. Lalu ia berdoa, semoga tetap bertahan.

Kembali muhasabah erti sebuah kehidupan. Terkenang ia akan sebulan yang lalu, pantai itu begitu tenang. Pantai yang terletak di salah sebuah daerah Mesir; Dumyat. Keriangan petang itu bersama rakan-rakannya yang lain masih terasa hingga kini. Tika itu, seluruh ahli keluarganya berkumpul bersama-sama, makan bersama-sama dan gelak ketawa silih berganti. Alangkah riangnya hati. Semua kerang membuka luas cangkerangnya, begitu banyak makanan yang dapat diperoleh. Dia dapat melihat seluruh dunianya; dunia terumbu karang.

Namun kini, segalanya berubah. Ingatkan panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Pernah sekali ia cuba melihat keluar dalam ngauman ombak tatkala itu. Astaghfirullah... Segala-galanya hancur, mati dan binasa. matanya terpaku kepada sekujur cangkerang; seolah biasa melihatnya. "Maak!.." Itu sahaja kalimah yang terlafaz pada mulutnya. Dalam linangan air mata ia cuba mendekati tubuh itu. Mati. Tiada apa yang boleh diusahakan. Dia lantas menoleh ke sekelilingnya, segala-galanya hancur! cangkerang siput, kerang dan ketam bergelimpangan di sana-sini. Ia amat takut, trauma melihatnya. Dia lantas pergi dari situ, meninggalkan sekujur tubuh kaku insan tercinta.

Tiba-tiba ia terlihat seekor kerang yang masih teguh cangkerangnya, cantik, indah. Ia cuba mendekati perlahan-lahan, dengan harapan menemukan kerang hidup yang lain. Ombak menghempas lagi. Cepat-cepat ia masuk ke dalam perlindungannya. Setelah reda ia cuba membuka kembali pintu cangkerangnya. "Ya Allah!..." Alangkah terkejutnya ia, kerang tadi yang begitu indah luarannya terbuka luas mulutnya. Hanyir dan busuk. Kelihatan beberapa ekor ulat sedang memamah jasadnya. Ulat itu menggelitik-gelitik. Menggelikan, matanya melihat, otaknya mentafsir lalu meghasilkan satu emosi yang kurang menyenangkan. Ia mual dan termuntah di situ. Kerang itu sedih dan duka. hatiya benar-benar menangis, pilu mengenangkan nasib diri. Lalu atas tikar kesedihan itu ia bermunajat kepada Ilahi. Biar betapa kuat ombak menghempas, ia tetap bertahan. Ya tetap bertahan dalam cangkerangnya.


Begitulah juga kehidupan seorang manusia wahai sahabatku. Kita ini ibarat kerang. Dunia kita ialah pantai. Adakalanya arus laut terlalu tenang, indah, senang dan perlahan. Lantas kita lupa, kita alpa dengan kesenangan yang hanya sementara. Kita juga lupa bahawa kita hanyalah kerang yang lemah, menumpang dalam pentas kehidupan. Sungguh, zaman remaja kita amatlah hebat ombak cabarannya wahai sahabatku, walaupun kita tidak menyedari hakikat ini. Fenomena-fenomea kebejatan sosial dan kehancuran akhlak adakalanya tidak disedari oleh kita.

Jarum-jarum thaghut telah mencucuk hati kita melalui media-media, majalah, surat khabar dan internet. Maka ramai yang hatinya mati, seperti matinya kerang-kerang, siput-siput dan ketam-ketam dalam kisah di atas. Hanyalah bahtera iman yang akan melayarkan kita ke destinasi yang abadi. Perkasakanlah iman dengan al-Quran dan solat malam. Sentiasa berdamping dengan Quran, kerana ia akan menyalakan semangat perjuangan. Manakala solat malam (qiamullail) akan memantapkan hati, meneguhkan jiwa dan melancarkan lidah.

Adakalanya kita perlu beruzlah (mengasingkan diri) dalam cangkerang keimanan kita. Ombak di luar sana amat hebat sahabatku. Berlindunglah dalam cangkerang keimananmu. Semoga hati kita sentiasa bersih dan suci. Kerang itu masih di situ. Berteleku dalam munajatnya di hadapan wajah Tuhan. Kerang itu teguh dan kuat, tatkala yang lain kalah, ia dapat bertahan. Kisah kerang; analogi kehidupan insan. Ada yang kalah dan mati, ada yang hidup dan tetap bertahan. Sekiranya seekor kerang dapat bertahan di pantai ombak ganas yang membinasakan, mampukah kita bertahan dalam arus dunia keremajaan?



Dipetik dari laman web http://www.iluvislam.com