Tuesday, May 4, 2010

Terima kasih Mak

1 comments
Bismillahirrohmanirrahim

Sudah menjadi kelaziman@habit bagiku untuk menelefon keluargaku lebih dari 1 kali dalam seminggu. Bukan kerana aku seorang anak yang manja, tetapi aku rasa gembira dan puas seandainya dapat bersembang dengan ahli keluargaku terutamanya, mak. Walaupun aku tidak ada apa2 yang ingin dibualkan, aku tetap akan menghubungi mak di rumah.

Habit ku ini mula aku kesan ketika di sekolah menengah, semasa aku menuntut di KISAS lagi. Telefon awam yang ada di aras 2 blok asrama adalah lokasi persinggahanku selepas balik dari surau. Jadi, aku dah ready awal2 bawa uncang duit syiling semasa turun ke surau. Rasa macam tak lengkap Jumaat malam setiap minggu jika aku tidak menghubungi mak.=) Pabila mendengar suara mak, aku bagaikan mendapat semangat dan aura untuk kuat belajar, walaupun aku tahu keadaan akademikku sangat jauh berbeda jika hendak dibandingkan dengan rakan2 lain. Sungguh berbeda! (T_T)

Bila masuk peringkat diploma, mak menghadiahi aku telefon bimbit. Jadi, aku lebih kerap menghubungi mak tanpa perlu sediakan uncang duit syiling lagi ^_^. Aku bukanlah pelajar yang bijak dan hebat. Tidak sama sekali. Aku hanya insan biasa yang pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan. Bagiku, peristiwa kegagalanku memenuhi impian selepas keputusan SPM diumumkan bagaikan tamparan hebat dalam hidupku. Luluh dan lemah hati ini ketika itu. Mak lah insan yang tak jemu2 memberikan semangat padaku. Terima kasih mak.

Sepanjang tempoh pengajian diploma, rezeki ku mencurah2. Alhamdulillah. Aku yakin, semuanya berkat doa keluargaku, especially mak. Aku kembali bangun daripada sebuah episod kegagalan dalam hidupku. Ketika itu, hanya Allah yang tahu...suka duka ku. Aku ingin buktikan, bahawa kegagalan yang pernah kuhadapi dulu, bukan menjadi noktah perjuanganku...malah saat itulah permulaan kebangkitanku dalam mengecap kejayaan. Hari konvokesyen yang lalu menjadi hadiah istimewa buat kedua orang tuaku.

Dan kini, aku masih meneruskan pengajian degree yang berbaki 2 semester lagi. Seperti lazimnya, malah kini aku lebih kerap menghubungi mak. Setiap kali mendengar suara mak, aku rasakan mak ada di hadapanku. Tersenyum memandang dan mendengar celotehku. Nasihat dan kata-kata semangat sering mak ucapkan tiap kali aku menghubungi mak. Masih kuingat kata2 mak tatkala aku menghubunginya sempena peperiksaan akhir sem 6;

"Insyaallah, syu boleh buat. Mak tak dapat nak buat apa2 dah...mak cuma boleh doa ja. Setiap hari mak doa"

Syukurku padaMu ya ALLAH...kerana mengurniakan kepadaku seorang EMAK yang memahami diriku dan sentiasa bersamaku. Dan sebelum aku menaip entry ini, aku sempat menelefon mak. Mak juga sempat berpesan padaku agar amalkan bangun awal, lakukan solat tahajjud dan juga solat dhuha. ^_^ (terima kasih mak, sebab selalu ingatkan Syu)


Syu sayang mak. Terima kasih Mak...

1 comments:

Post a Comment