Wednesday, May 12, 2010

Mei 2010

0 comments

Assalamualaikum w.b.t

Saat entry ni ditulis, kita sudah 12 hari berada dalam bulan Mei 2010. Al maklum, bulan Mei sememangnya banyak sambutan dan hari2 istimewa untuk kebanyakan daripada kita. Antaranya ialah:

1Mei
Hari pekerja

2Mei
My birthday ^_~

9Mei
Sambutan hari ibu

12Mei
Hari Jururawat

Hari Belia

16Mei
Hari guru

22Mei
My father's birthday

28Mei
Hari Wesak

p/s: Jangan lupa, kita kini berada dalam bulan Jamadil Akhir 1431. Tinggal beberapa bulan Ramadhan bakal berkunjung tiba. Bagi sesiapa yg masih ada hutang puasa dn sbgainya, cepat2lah selesaikan...^_^

Wednesday, May 5, 2010

Jordan...pasti kita bertemu lagi, Insyaallah

1 comments

Kat airport Amman sebelum bertolak pulang ke Malaysia
(insiden terkandas flight pkul 2pagi mengejutkan kami, alhamdulillah walaupun terlewat kami semuanya selamat)


Depan restoran Eish-Hanna yg bersebelahan dgn Universiti Yarmouk
(baru lepas makan Syawarma ^_~ sedap3..)


Sehari sebelum raya haji, kami bershopping sikit. Tiba2 nampak kambing2 untuk korban esok duk berlonggok kat tengah2 roundboard jalanraya. Ada pula budak2 Arab nak bergambar sama2. Tak tahan juga bau kambing2 tu. Nak tangkap gambar punya pasal =)


pakcik ni tengah solat ^_^
(ni pemandangan yang biasa kat negara Arab. Waktu ni saya tgh tunggu coaster untuk pergi shopping kat Wasatul Balad (nama pasar)...tiba2 ternampak pakcik ni, so terus ambil gambar. Tempat ni dekat luar tembok pagar universiti)
* Sesungguhnya seluruh bumi Allah ini adalah tempat kita bersujud padaNya


sempat lagi main mata air panas kat kawasan yg berdekatan dengan makam sahabat
(kawasan ni agak berbau sampai menusuk hidung sebab kandungan kuprum yg banyak, berhampiran kawasan ni ada kolam air panas yg tertutup, dikatakan air ni bagus untuk sembuhkan penyakit kulit...wallahu'alam)
Bekas tapak perang Mu'tah
(sangat luas kawasan ni, ni bahagian depan je...)


Makam Muaz bin Jabal
(gambar diambil dari luar kerana makam tutup waktu tu)
* nampak bayang2 kami kat luar cermin


Kawasan masjid yang menempatkan makam Muaz bin Jabal
(tak teringat pula masjid ni nama apa)


Jerash
(lokasi tinggalan struktur bangunan di zaman Rome)


Sebelum bertolak ke tempat bersejarah sekitar Jordan
(hari tu sejuk banget..)


sakan pelajar2 Malaysia
*sakan = tempat tinggal@rumah


bersama Sumayyah dihadapan kedai makan selepas kami
makan syawarma free...laziz jiddan!!!
(syukran kpd Atiqah yg belanja kami petang tu ^_^)


p/s: Terkenang suasana semasa di Jordan sewaktu mengikuti daurah mukathhafah allughah alarabiyyah - kursus intensif bhs arab, selama 40 hari. Ketika itu musim sejuk. Untuk tatapan semua saya upload beberapa gambar yang menarik untuk dikongsi bersama. ^__^

Tuesday, May 4, 2010

Terima kasih Mak

1 comments
Bismillahirrohmanirrahim

Sudah menjadi kelaziman@habit bagiku untuk menelefon keluargaku lebih dari 1 kali dalam seminggu. Bukan kerana aku seorang anak yang manja, tetapi aku rasa gembira dan puas seandainya dapat bersembang dengan ahli keluargaku terutamanya, mak. Walaupun aku tidak ada apa2 yang ingin dibualkan, aku tetap akan menghubungi mak di rumah.

Habit ku ini mula aku kesan ketika di sekolah menengah, semasa aku menuntut di KISAS lagi. Telefon awam yang ada di aras 2 blok asrama adalah lokasi persinggahanku selepas balik dari surau. Jadi, aku dah ready awal2 bawa uncang duit syiling semasa turun ke surau. Rasa macam tak lengkap Jumaat malam setiap minggu jika aku tidak menghubungi mak.=) Pabila mendengar suara mak, aku bagaikan mendapat semangat dan aura untuk kuat belajar, walaupun aku tahu keadaan akademikku sangat jauh berbeda jika hendak dibandingkan dengan rakan2 lain. Sungguh berbeda! (T_T)

Bila masuk peringkat diploma, mak menghadiahi aku telefon bimbit. Jadi, aku lebih kerap menghubungi mak tanpa perlu sediakan uncang duit syiling lagi ^_^. Aku bukanlah pelajar yang bijak dan hebat. Tidak sama sekali. Aku hanya insan biasa yang pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan. Bagiku, peristiwa kegagalanku memenuhi impian selepas keputusan SPM diumumkan bagaikan tamparan hebat dalam hidupku. Luluh dan lemah hati ini ketika itu. Mak lah insan yang tak jemu2 memberikan semangat padaku. Terima kasih mak.

Sepanjang tempoh pengajian diploma, rezeki ku mencurah2. Alhamdulillah. Aku yakin, semuanya berkat doa keluargaku, especially mak. Aku kembali bangun daripada sebuah episod kegagalan dalam hidupku. Ketika itu, hanya Allah yang tahu...suka duka ku. Aku ingin buktikan, bahawa kegagalan yang pernah kuhadapi dulu, bukan menjadi noktah perjuanganku...malah saat itulah permulaan kebangkitanku dalam mengecap kejayaan. Hari konvokesyen yang lalu menjadi hadiah istimewa buat kedua orang tuaku.

Dan kini, aku masih meneruskan pengajian degree yang berbaki 2 semester lagi. Seperti lazimnya, malah kini aku lebih kerap menghubungi mak. Setiap kali mendengar suara mak, aku rasakan mak ada di hadapanku. Tersenyum memandang dan mendengar celotehku. Nasihat dan kata-kata semangat sering mak ucapkan tiap kali aku menghubungi mak. Masih kuingat kata2 mak tatkala aku menghubunginya sempena peperiksaan akhir sem 6;

"Insyaallah, syu boleh buat. Mak tak dapat nak buat apa2 dah...mak cuma boleh doa ja. Setiap hari mak doa"

Syukurku padaMu ya ALLAH...kerana mengurniakan kepadaku seorang EMAK yang memahami diriku dan sentiasa bersamaku. Dan sebelum aku menaip entry ini, aku sempat menelefon mak. Mak juga sempat berpesan padaku agar amalkan bangun awal, lakukan solat tahajjud dan juga solat dhuha. ^_^ (terima kasih mak, sebab selalu ingatkan Syu)


Syu sayang mak. Terima kasih Mak...

Usia yang semakin berkurangan

0 comments
1 May 2010 (11:53 p.m)

Mesej ucapan selamat hari ulangtahun kelahiran kuterima daripada sahabat baikku. Belum pun masuk hari 2 Mei, mesej sudah pun masuk ke dalam inbox ku. Syukran jazilan =)

Syukur padaNya, kerana masih memberi aku peluang untuk hidup di atas muka bumi sambil menghirup udara percuma bukti Pemurahnya DIA. Walaupun aku sering melakukan khilaf dan dosa sama ada sedar ataupun tidak, namun DIA Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku..

2 Mei 2010

Pagi itu, aku terima panggilan telefon daripada keluargaku. Ucapan selamat hari ulangtahun kelahiran kuterima dengan hati berbunga riang. Walaupun aku berjauhan daripada keluarga, namun ikatan kami sangat erat. =) Kakak sulungku yang kebetulan bercuti telah pulang ke rumah...hanya aku yang tiada. Kakak membawa kek hasil air tangannya sendiri, untuk sambutan hari jadiku dan hari IBU (2 in 1). Tapi, aku hanya tinggal di asrama memandangkan aku masih mempunyai 1 lagi subjek sebelum peperiksaan sem 6 ini tamat. Thanx 4 my elder sister. =)

Antara banyak2 ucapan hari jadi yang aku terima...aku sangat tersentuh dengan ucapan seorang sahabatku yg kini bekerja sebagai pendidik di salah sebuah sekolah di P.Pinang. Ini ucapannya;

"Hari ini hari lahirmu, bertambah lagi usiamu, hari ini akan bertambah jua tanggungjawabmu, hari ini menjadikanmu lebih matang, dek ujian yang akan mendatang...hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharungi onak duri. Hari ini, ALLAH TELAH MEMENDEKKAN JARAKMU DENGANNYA, semakin KURANG TEMPOH BERAMAL, semakin KUBUR MEMPERSIAPKAN TEMPAT UNTUKMU". Syu...selamat hari ulangtahun ke24.

Ucapan sahabatku, Norhaniza Osman membuatkan aku tersentak. Ya, benar ungkapannya. Seraya rasa keinsafan menyelinap ke dalam hatiku. Lantas aku membalas mesejnya dengan mengucapkan terima kasih atas ucapannya dan mesej yang benar2 terkesan dihatiku. Terima kasih sahabatku.

Apabila menjelangnya sambutan hari jadi, ucapan syukur haruslah mendahului segalanya. Bahkan, bukan hanya ketika itu sahaja. Mohon agar usia yang berbaki dapat digunakan dengan sebaik2nya. Diberikan petunjuk dan pimpinanNya. Amin.

Semakin meningkat usia, semakin pendek baki usia kita.


"Ya Allah, berkatilah usiaku, berkatilah rezekiku dan berkatilah ilmu yang aku perolehi. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa dan kesalahanku selama ini. Tiada daya aku, tanpa rahmat dan kasih sayangMu...Hanya padaMu, aku memohon"