Sunday, November 15, 2009

Jom Tafaqquh

0 comments
Assalamualaikum semua...salam mesra ceria diucapkan buat kalian ^_^ apa khabar hari ini? Moga2 setiap hari yang kita lalui disulami dengan keberkatan dan kasih Ilahi. Insyaallah, amin.

Alhamdulillah, saya sudah pun selesai menjalani peperiksaan akhir pada hari Jumaat lepas. Syukur padaNya, kerana dipermudahkan urusan saya untuk pulang ke Perak dengan selamat. ^_^

Pada petang semalam, saya sempat mengikuti kuliah Asar di surau. Teringin untuk kongsi beberapa ilmu yg saya perolehi. Walaupun nampak perkara ini agak kecil, namun sebenarnya inilah yang jarang kita ambil perhatian. Malah ada juga yang kita tidak perasan dan tidak tahu. Sedangkan Islam telah mengajar kita dari sekecil2 perkara hinggalah sebesar2 perkara. Cukup luas ilmu Allah ni.^_~.

Berikut adalah antara adab2 minum yang saya ambil dari Kitab Bimbingan Mukmin, karangan Imam Ghazali dalam Bab Adab2 Makan dan Menghormati Tetamu. Kuliah Asar itu telah disampaikan oleh Ustazah Amnah yang juga merupakan salah seorang jiran saya di sini. Moga2 kita dapat mengambil faedah bersama. Jom tafaqquh sekejap...


Adab-adab minum

1. Hendaklah mengambil gelas dengan tangan kanan dan mengucapkan Bismillahirrahmanirrahim.

2. Hendaklah minum secara perlahan2.

3. Janganlah minum sambil berdiri atau berbaring.

4. Hendaklah gelas itu diperiksa dahulu sebelum diminum.

5. Janganlah sendawa atau bernafas dalam gelas, tetapi hendaklah gelas itu dijauhkan sedikit dari mulutnya dan mengucapkan: Alhamdulillahirabbil 'alamin. Setelah itu kalau masih ingin minum, mulakanlah dengan bacaan Bismillah.

6. Baik gelas mahupun apa sahaja yang perlu diedarkan kepada semua orang yg hadir, hendaklah dengan menggunakan tangan kanan. Pernah terjadi bahawa Rasulullah s.a.w sedang minum air susu, Abu Bakar r.a berada di sebelah kirinya dan ada seorang Arab (penduduk dari daerah pedalaman) di sebelah kanan baginda. Setelah baginda s.a.w selesai, lalu diberikannya kepada orang Arab itu, kemudian baginda s.a.w bersabda:

"Yang kanan dahulu kemudian yang ke kanannya lagi"
.

Baginda minum dengan 3 nafas(tegukan), pada penghabisannya baginda mengucapkan Alhamdulillah dan pada permulaannya baginda mengucapkan Bismillah.

p/s: Walaupun Abu Bakar merupakan bapa mertua Rasulullah merangkap sahabat baginda, namun Rasulullah memberikan air susu itu kepada orang Arab tersebut. Ini kerana Rasulullah, melebihkan bahagian kanan daripada bahagian kiri. Kemudian Rasulullah bersabada seperti di atas untuk menjelaskan kenapa baginda berbuat demikian. Ini juga penting untuk memberi kefahaman dan menjaga hati Abu Bakar agar jelas dengan tindakan Rasulullah.

Cantikkan akhlak Rasulullah...^_^


Perkara-perkara sunat sesudah makan

1. Hendaklah berhenti sebelum kenyang. (agak2 kita macam mana??)

2. Hendaklah membersihkan makanan yang ada di celah2 gigi lalu membuangnya.

3. Hendaklah bersyukur kepada Allah atas segala makanan yang telah dihabiskan. Yakinlah bahawa makanan itu adalah nikmat dari Allah.

4. Hendaklah memperbanyakkan istighfar dan merasa sedih hati sewaktu makan sesuatu yang syubhat (yang tidak jelas halal dan haramnya)

5. Jika makan makanan yang disedekahkan oleh orang lain, sebaik2nya berdoa untuk orang yang memberikan makanan kepadanya dengan mengucapkan :

اللهم أكثر خيره و بارك له فيما رزقته واجعلنا و إيّاه من الشاكرين

"Ya Allah, perbanyakkanlah kebaikannya, berilah keberkatan dalam apa2 yang Engkau kurniakan kepadanya dan jadikanlah kami dan orang ini (pemberi makanan) termasuk dalam golongan orang2 yang bersyukur"

p/s: Hmm...agak2 kita pernah tak doakan kepada orang yg pernah beri kita makanan? Kalau belum boleh amalkan doa ni. Nak baca doa dalam bahasa Melayu pun boleh...^_^

Insyaallah, untuk pembacaan lanjut anda boleh rujuk Kitab Bimbingan Mukmin. Sekian dulu buat kali ini. Selamat beramal...

0 comments:

Post a Comment