Wednesday, January 27, 2010

KISAS BUMI WAQAFAN

0 comments
Tahniah KISAS!!!

Bersyukur kerana berpeluang menjadi sebahagian drpd warga bumi waqafan. Moga kecemerlangan kisasian dapat ditingkatkan dan dikekalkan...amin. Sudah 7 tahun diri ini meninggalkan alam persekolahan - KISAS. Saya merupakan warga kisas batch 2002/2003.

Pada penghujung tahun 2009 pula melakar memori indah buat diriku. Alhamdulillah, saya berpeluang bertemu semula dgn kawan2 lama semasa di kisas dulu. Mereka semuanya pelajar perubatan tahun 5 dan 6 di JUST. Pertemuan yang tak disangka2. Wajah masing2 tak berubah...syukur alhamdulillah. Bangga mempunyai sahabat seperti kalian. Moga ukhwah yg terjalin berkekalan hendaknya. Ku doakan agar kita sama2 berjaya dalam apa jua bidang yg kita ceburi.
Fastaqim kama Umirta.

Pada 26 januari yg lalu, saya sempat membaca akhbar yang memaparkan senarai 20 sekolah terbaik. Lantas senyuman terukir di bibir...;)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi, membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara. Sekolah terbabit adalah:

Sekolah berasrama penuh:
1. Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
6. Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang

8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka

Sekolah menengah harian:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang

Sekolah rendah:
1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

Saturday, January 16, 2010

Kenangan di Universiti Yarmouk, Jordan

2 comments
Bersama Dr. Umar Ukasyah (ketua penyelaras pusat bahasa merangkap pensyarah yang mengajar kami kemahiran bertutur)
dan
Dr. Ahmad (pensyarah yang mengajar kami kemahiran membaca)

Usai majlis penganugerahan sijil kursus
( majlis diadakan di pejabat Mudir Pusat Bahasa )

Laut Mati
( gambar ni diambil dari kamera kawan)


p/s: Hanya gambar2 ni sj yg sempat saya upload. Insyaallah, ada lagi gambar2 lain yg akan saya masukkan di sini. Terlalu banyak kenangan2 yang dialami oleh saya, Norizan, Sumaiyah, Nizwan dan Adam sepanjang mengikuti kursus di Jordan. Moga saya diberi kesempatan lagi untuk menziarahi Timur Tengah lagi. amin

Wednesday, January 13, 2010

Love is Cinta

0 comments




Cinta Ilahi,

Cinta sejati,
Membawa bahagia,
Kekal abadi.

Cinta manusia,
Hanya sementara,
Di dunia yang fana.

Thursday, January 7, 2010

semester baru!!!

0 comments
Assalamualaikum semua...salam mesra buat kalian...

alhamdulillah, kini semester baru telah pun bermula. Sekembalinya saya ke tanah air pada Sabtu minggu lepas, saya terus pulang ke Perak. Keesokannya saya kembali ke asrama. Tahun baru, semester baru, azam baru...semangat baru...semuaanyaaa baru..

Kini, episod baru bermula dalam kehidupan saya sebagai mahasisiwi yg bakal menamatkan pengajian tahun hdpn. Moga2 natijah imtihan yg lepas, mmbuatkan saya lebih tekun dan bersemangat. semester ini kelihatan agak mencabar dek kerana bebanan kredit yg tinggi. Memang menjadi kelaziman pelajar lughah di sini memikul beban kredit yg tinggi berbanding pelajar lain. Namun, itulah hakikatnya. Cabaran buat kami...

Alhamdulillah, masuk minggu kedua ni dah ada assigmnt yg diberikan. Hmm...kelihatan menarik dan tak kurang juga yg mencabar minda dan fizikal kami. Minggu pertama yg lalu saya masih di Jordan. Alhamdulillah, tak banyak yg ketinggalan. Atas bantuan kawan2 dan pensyarah, alhamdulillah, saya dapat cover semula subjek yg lalu. Syukran.

p/s: Semester baru bakal menjanjikan cabaran baru...apa yg penting, teruskan usaha!!!